Thursday, October 8, 2009

Yea yea.. Balik Kampung!!!

Setelah memohon jasa baik semua yang terlibat... Akhirnya aku dapat kelulusan untuk balik kampung minggu ni. Tu pun dah puas memujuk and merayu2 sekali ngan buat muka sedih. Hehehe...

Aman skit hari ni buat kerja sebab semua benda peribadi dah settle. So, Hari ni just settlekan benda2 untuk live PTG isnin nih. Try untuk settlekan semuanya hari ni coz esok hanya kerja separuh hari sahaja. Project Manager dah bagi balik awal dengan syarat :-
  1. TAK BOLEH balik daripada site sebelum pukul 12.00 tengahari. ( kul 12.01pm kitorang offline Gtalk erk Kak Lina. Hehehe )
  2. NO EXCUSES untuk isnin nih. Semua yang terlibat kena ada di PTG before 7.30 am. ( kecuali aku sebab aku ada appointment doktor. Hehehe )
Mesti kYana tertanya2 kenapa sy suka sangat dapat balik kampung kan??? iyerkan jer kYana. Paksa nih... So, antara sebab2nya adalah:
  • Jumpa Family - Mak, Ayah and Nenek ( ini wajib nih)
  • Mencari kedamaian hati (",)

see!!! Damaikan? Penuh dengan pokok2 yang menghijau...kiri kanan belakang penuh ngan pokok2 duku, durian, rambutan, rambai, manggis, limau, betik and banyak lagi lah.. even pokok Kurma pun ada... cuma blum berbuah jer lagi Hehe...
  • Jumpa anak2 sepupu...

                         Illa - anak sepupu yang selalu ikut ckp aku (",)       Fahrin - anak sepupu yang aku selalu culik 
                                                                                                                    bawak balik umah (",)


  • Kawan2 ramai datang umah. Coz penginapan disediakan di rumahku (",)
  • Attend kenduri kawin officemate. Siap jadi pengapit lagi tu!
  • pastu boleh jumpa Boboy!

Nampak garang kan Boboy! Walaupun dia ni Jantan tapi penakut. Boboy lahir kat depan pintu umah kakak aku kat Shah Alam masa bulan puasa tahun lepas..umur dia baru setahun tapi dah besar2 sangat! Masa balik raya aku angkut boboy sekali duk dalam kete. Betapa penakutnya Boboy ni sampaikan kalo ada orang2 yang dia tak biasa dalam rumah (melainkan mak ayah n nenek aku ler), dia akan duk kat luar rumah.

Masa raya baru nih lagi teruk. seharian dia menyorok kat luar rumah sebab anak2 sedara aku kat dalam rumah. sampaikan malam kena p carik dia bawak masuk rumah. Dalam banyak2 kucing kat umah aku, dia nih jer yang lepas tido kat dalam rumah. Yang lain2 sila beradu di luar yer!!! Hehehe..

karang benda ni dari pagi tadi baru sekarang siapnya (sekali2 ngan buat kerja tau. sebab tu lambat siap). Dah kul 5 ptg... dah boleh balik rumah. Urusan live ada tak settle lagi tapi kena sambung esok sebab malam ni kena deploy SPOC baru. Hehehe... baiiiiiiiiiii...


2 comments:

Chenta said...

Salam ..

tq atas doa awak yg tulus suci itu . ewahh..
now akk menulis dari ward . Insyallah.. sabtu dah boleh keluar .


Comel arr boboy.. rasa nak peluk cium jekk... and selalu culik anak sepupu ekh ... ermm dah ada tanda2 tuh ! ekeke

Afzan said...

wsalam...

mmg tulus suci murni lagi (",)

tanda2 memang dah lama dah ada kak! tapi tanda2 je lah... Hehehe...