Wednesday, March 24, 2010

Dengki sangat ni kenapa?

Masuk hari nih dah 6 notis korang tampal kat bilik ni kan? Notis dilarang makan dan minum. (korang yang siap berparty tu takper plak) Bukannya kitorang makan pastu buang sampah merata2 pun. Pandai je kitorang buang sampah ke dalam tong sampah.

Lagi satu yang aku pelik kenapa korang ni sibuk sangat pasal waktu kerja kitorang. Tau ah korang ada punch card. Tak leh nak datang lambat. Kitorang flexible... datang awal balik la awal... datang lewat balik la lewat... Sibuk je korang nak mengadu sana sini...

Pakaian pun jadi hal kat korang kan? kitorang pakai seluar siap mengadu kat pihak atas bagitau yang tidak dibenarkan sesiapa pakai seluar (perempuan saje tau). Bila dah pakai baju kurung sibuk pulak pasal baju seragam erk? Sibuk la management buatkan kemeja untuk kitorang semata2 nak puaskan hati korang. Lepas nih kitorang pakai kemeja dengan seluar.. jangan bising plak yer!!!

Tapi kitorang ni baik... dah macam tu perangai hasad dengki korang pun kitorang still lagi nak buat baik. Still beri tunjuk ajar pada apa-apa yang korang TAK RETI-RETI and still nak invite korang untuk perlawanan bowling persahabatan... sahabat la sangat korang ni. Lebih pada kawan makan kawan and  tikam dari belakang ada la...

Thursday, March 18, 2010

Nak bahagia ke tak?

Rasa macam ada idea nak menulis... Tapi bila dah bukak blog... bila dah log in...
letak jejari kat keyboard... terus hilang idea...

Apa2 pun just nak bagitau Terimalah seadaanya... Tak perlu nak berperasaan begitu.
Kalu perasaan itu hadir bersama dengan harapan untuk mendapat kebaikan atau kelebihan yang dimiliki oleh orang lain... Yang ni ok lah. Tapi camne pula kalo perasaan tu hadir bersama cita-cita untuk melihat kejatuhan orang lain?

Kalau berjaya melihat kejatuhan orang lain mungkin kita akan puas hati. Tapi kalau tak berjaya... tak ke ada rasa sakit hati. Kesudahanya sampai bila2 perasaan itu tak akan hilang dan kita pun tak akan aman. Kalau dah tak aman macam mana kebahagiaan nak muncul kan?

Yang penting... Bersabarlah...

Sunday, March 7, 2010

Kursus kahwin yang best

Ini cerita hujung minggu yang lepas... Tanggal 27 dan 28 Februari aku menghadiri kursus kahwin yang di adakan di Masjid At-Taqwa TTDI. Asalnya nak pergi kat Masjid Shah Alam ni jer.... Tapi ada orang ajak pergi kat TTDI pulak...ikut je la...



Mula2nya aku takut jugak nak pergi kursus nih. Bimbang penyampaiannya tak best yang akhirnya akan menyebabkan aku mengantuk. Nasib baik la kebimbangan aku tu tak menjadi kenyataan.

Hari Pertama sesi bermula jam 2 petang. Jam 12.30 pm kami bertolak ke dari Shah Alam. Berkejaran la jugak ke sana. Takut sampai lambat. Nanti kena duk depan. Kebarangkalian kena soal bila duk depan lebih tinggi daripada duduk di belakang. Hehehe...

Sesi pertama bertajuk Prosedur Perkahwinan dan Pembubaran oleh Ustaz Azman Mat Hassan.  Best slot nih. Ustaz ni kelakar. Suka bertanya and prefer kalau ada yang menjawab. Tapi kalau tak ada yang jawab pun beliau tak marah.

Slot kedua tajuk Komunikasi dan Sumber oleh Ustaz Abdul Kadir Derani. Slot ni pun memang best dan kelakar. Banyak bagi contoh2 tentang kehidupan terutamanya contoh2 artis. Ustaz ni jugak la yang bagitau bahawa start Mac kursus akan dilanjutkan kepada 3 hari and ada test. Huhuhuhu... selamat aku! (",)

Slot ketiga untuk hari pertama bertajuk Kesihatan dari Tuan haji Sani Abu Bakar. Penyampaian kali nih kurang berkesan sebab beliau tak pakai mic. Aku pun kurang skit la kefahaman tentang topik nih.

Hari pertama aku balik dengan puas hati sebab kursus nih memang betul2 menyeronokkan. Hari kedua aku sampai dalam pukul 8.10 am. Kursus bermula jam 8.30 pagi. Aku tengok yang lain duduk di tempat yang sama macam semalam. So, even aku sampai awal aku duduk je la kat tempat sama jugak iaitu kedua dari belakang and betul2 tepi tingkap. Penganjur ada bagitauu yang ustaz yang akan handle slot pagi ni agak tegas tentang kedudukan. Beliau memang akan suruh peserta penuhkan tempat di depan dahulu. Tapi walau pun penganjur dah bagitau... oleh kerana orang lain buat derk... so... aku pun abaikan lah jugak.

At last bila ustaz dah masuk... memang btul2 aku kena paksa duk depan. Maka berganjak la aku ke tempat yang paling depan sekali iaitu betul2 di depan ustaz. Memang sah tak selamat aku daripada kena soal...

Slot pertama bertajuk Pengurusan Stres dan Konflik oleh Ustaz Mohd Ajib Ismail. Mula2 ustaz ni masuk kelas and kerah kitorang duduk depan aku budget ustaz ni memang serius giler. Rupa2nya sangkaan ku meleset belaka. Bila dia dah start ceramah macam2 lawak yang keluar.

Slot kedua di hari kedua berkenaan dengan ibadah dan akhlak oleh Ustaz MOhd Ansarullah Mohd Hashim. Sesi ni pun menarik jugak. Ustaz ni banyak beri penekanan tentang cara2 solat dan mandi hadas.

Dan sesi terakhir bertajuk Hubungan dalam keluarga oleh Ustaz Mohd Zain. 1st impression aku agak2 macam akan membosankan sebab ustaz nih memang agak2 paling berusia. Tapi sesi nih la yang paling membuatkan peserta2 gelak macam nak pecah perut. Discription yang ustaz ni bagi memang kelakar giler ah.

Akhirnya jam 4 petang tamat la sesi kursus perkahwinan. Memang banyak ilmu yang diperolehi. Tapi dari pemerhatian aku (cheewahhh... sempat lagi perhatikan orang) kalau kursus nih dihadiri oleh pasangan yang bakal berkahwin... diorang akan lebih mengahayati apa yang disampaikan oleh penceramah. Tapi kalau yang datang tu dengan kawan yang datang disebabkan oleh tak nak melalui kursus selama 3 hari...  agak kurang tumpuan yang diberikan. Sebab diorang bukan betul2 ingin jadi suami/isteri or ibu/bapa.