Sunday, March 7, 2010

Kursus kahwin yang best

Ini cerita hujung minggu yang lepas... Tanggal 27 dan 28 Februari aku menghadiri kursus kahwin yang di adakan di Masjid At-Taqwa TTDI. Asalnya nak pergi kat Masjid Shah Alam ni jer.... Tapi ada orang ajak pergi kat TTDI pulak...ikut je la...



Mula2nya aku takut jugak nak pergi kursus nih. Bimbang penyampaiannya tak best yang akhirnya akan menyebabkan aku mengantuk. Nasib baik la kebimbangan aku tu tak menjadi kenyataan.

Hari Pertama sesi bermula jam 2 petang. Jam 12.30 pm kami bertolak ke dari Shah Alam. Berkejaran la jugak ke sana. Takut sampai lambat. Nanti kena duk depan. Kebarangkalian kena soal bila duk depan lebih tinggi daripada duduk di belakang. Hehehe...

Sesi pertama bertajuk Prosedur Perkahwinan dan Pembubaran oleh Ustaz Azman Mat Hassan.  Best slot nih. Ustaz ni kelakar. Suka bertanya and prefer kalau ada yang menjawab. Tapi kalau tak ada yang jawab pun beliau tak marah.

Slot kedua tajuk Komunikasi dan Sumber oleh Ustaz Abdul Kadir Derani. Slot ni pun memang best dan kelakar. Banyak bagi contoh2 tentang kehidupan terutamanya contoh2 artis. Ustaz ni jugak la yang bagitau bahawa start Mac kursus akan dilanjutkan kepada 3 hari and ada test. Huhuhuhu... selamat aku! (",)

Slot ketiga untuk hari pertama bertajuk Kesihatan dari Tuan haji Sani Abu Bakar. Penyampaian kali nih kurang berkesan sebab beliau tak pakai mic. Aku pun kurang skit la kefahaman tentang topik nih.

Hari pertama aku balik dengan puas hati sebab kursus nih memang betul2 menyeronokkan. Hari kedua aku sampai dalam pukul 8.10 am. Kursus bermula jam 8.30 pagi. Aku tengok yang lain duduk di tempat yang sama macam semalam. So, even aku sampai awal aku duduk je la kat tempat sama jugak iaitu kedua dari belakang and betul2 tepi tingkap. Penganjur ada bagitauu yang ustaz yang akan handle slot pagi ni agak tegas tentang kedudukan. Beliau memang akan suruh peserta penuhkan tempat di depan dahulu. Tapi walau pun penganjur dah bagitau... oleh kerana orang lain buat derk... so... aku pun abaikan lah jugak.

At last bila ustaz dah masuk... memang btul2 aku kena paksa duk depan. Maka berganjak la aku ke tempat yang paling depan sekali iaitu betul2 di depan ustaz. Memang sah tak selamat aku daripada kena soal...

Slot pertama bertajuk Pengurusan Stres dan Konflik oleh Ustaz Mohd Ajib Ismail. Mula2 ustaz ni masuk kelas and kerah kitorang duduk depan aku budget ustaz ni memang serius giler. Rupa2nya sangkaan ku meleset belaka. Bila dia dah start ceramah macam2 lawak yang keluar.

Slot kedua di hari kedua berkenaan dengan ibadah dan akhlak oleh Ustaz MOhd Ansarullah Mohd Hashim. Sesi ni pun menarik jugak. Ustaz ni banyak beri penekanan tentang cara2 solat dan mandi hadas.

Dan sesi terakhir bertajuk Hubungan dalam keluarga oleh Ustaz Mohd Zain. 1st impression aku agak2 macam akan membosankan sebab ustaz nih memang agak2 paling berusia. Tapi sesi nih la yang paling membuatkan peserta2 gelak macam nak pecah perut. Discription yang ustaz ni bagi memang kelakar giler ah.

Akhirnya jam 4 petang tamat la sesi kursus perkahwinan. Memang banyak ilmu yang diperolehi. Tapi dari pemerhatian aku (cheewahhh... sempat lagi perhatikan orang) kalau kursus nih dihadiri oleh pasangan yang bakal berkahwin... diorang akan lebih mengahayati apa yang disampaikan oleh penceramah. Tapi kalau yang datang tu dengan kawan yang datang disebabkan oleh tak nak melalui kursus selama 3 hari...  agak kurang tumpuan yang diberikan. Sebab diorang bukan betul2 ingin jadi suami/isteri or ibu/bapa.

No comments: