Wednesday, September 30, 2009

Kembali bekerja!!!

Habis cuti raya seminggu pastu sambung dengan MC semalam... makanya hari ni baru aku mula bekerja semula. Alhamdulillah selamat lagi aku kembali ke Penang (",) Balik Penang dari KL pagi tadi naik flight kul 6.55 pg. kul 4 pagi aku dah gerak dari Shah Alam. Sempat tido 2 jam setengah jer. Ngantuk giler time menunggu nak masuk. Masuk2 flight jer aku terus lelapkan mata sampai lah sedar-sedar dah landing kat Penang.

Sampai Penang nasib baik ada Amy datang ambik. Hari ni aku naik flight dengan penuh keayuan berbaju kurung (",) Maklumlah lepas nih terus ke Komtar. Hari ni ada training Pendaftar PTG. Kenalah pakai sopan2 depan diorang2 ni.

Training yang sepatutnya 2 sesi aku jadikan 1 sesi sahaja supaya aku dapat tido. Hehehe.. Takder la... Sebabnya diorang tak ramai and ada yang masih bercuti. Minggu ni bakal menjadi minggu yang sibuk buat aku sebab minggu depan dah nak live sistem di PTG. Bos pun dah bagi arahan sabtu ahad nih kena datang keje untuk verified data migration. Huuhhuhu... Hilang weekend ku :(

Wednesday, September 23, 2009

You're one in a million


How did i get here
I turned around and there you where
Didn't think twice or rationalize
Cause somehow i knew
That there was more that just chemistry
I mean i knew you were kind of into me
But i figured it's too good to be true
I said pinch me, where´s the catch this time
Can't find a single cloud in the sky
Help me before i get use to this guy

They say that good things take time
But really great things happen in a blink Of an eye
Thought the chances to meet somebody
Like you were a million to one
i can't believe it
You're one in a million
All this time i was looking for love
Tryin' to make things work that weren't good Enough
Till i thought i´m through, said i'm done
Then stumbled into the arms of the one

You're making me laugh about the silliest Stuff
Say that i'm your diamond in the rought
When i'm mad at you
You come with your Velvet Touch

Can't believe that i'm so lucky
I have never felt so happy
Everytime i see that sparkle in your eyes
i can't believe it
you're one in a million

Mimpi di siang hari (",)


Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Tuesday, September 22, 2009

Diari Raya 2009

Raya tahun ni memang meriah. Hari pertama duduk umah jer. Layan seudara mara yang datang, topup air, kuih, kerepek and kacang dan tak lupa my Choc moist cake. Hari pertama kena buat 2 biji.

Hari ke2 menarik. Keluar jalan-jalan ke rumah kawan-kawan sekolah menengah atas. 1st, Pergi rumah Fairra dengan seorang 'Kawan', makan mee goreng skit jer sbb lepas ni banyak lagi tempat nak pergi. Kemudian pergi rumah Farina makan nasi minyak.( Na, mana ayam masak merah yang aku pesan tu?), 3rd datang rumah aku and solat Zohor. Hari ni buat nasi impit jer. Tapi choc moist cake aku pasti ada (",)

Rumah ke 4 pergi melawat rumah kawan (Hajar) yang baru selamat melahirkan baby perempuan. Cute baby nyer... Next ke rumah Shah... destinasi ke2 terakhir. Kat sini makan nasi putih ngan gulai daging. ermmm sedappp... Kemudian solat Asar kat masjid Pengadang Baru.

Dan destinasi terakhir ke rumah Lazim. Makan mee goreng basah. Sedap jugak. banyak lauk and banyak sayur. Tapi aku tak suka makan sayur. (",) Macam nak keluar balik je kalo makan. Balik dari sana aku pergi mydin. oleh kerana masa tu dah maghrib and parking kat mydin takder, so pergi solat kat masjid ladang dulu. kemudian baru datang semula ke mydin.

Balik dari mydin dalam kul 9.30 then singgah makan kat restoren mcgyver. pekerjanya ramai yang masih bercuti sampaikan nak makanan pun kena self service. Banyak btul makan hari nih. Penat je diet time puasa hari tu (diet tapi tak kurus2 jugak!). Aku sampai rumah dalam kul 10.30 malam. Kemudian lepak borak2 kisah hidup dengan mak and kakak aku sampai jam 12 then gayut sampai 2 pagi. Baru lah boleh tido dengan lena! (",)

itu lah perjalanan hitam putih kehidupan aku hari nih. Banyak kenangan pahit manis yang berlaku. Kupu2 dalam perut? banyak gurauan gelak tawa kita. Banyak juga air mata yang mengalir hiba. Kepada sesiapa yang terasa dengan kata serta senda gurau aku hari ini, semalam atau akan datang... aku mohon maaf. Percaya lah, aku mengerti apa yang terjadi dan aku pernah mengalaminya. Dan mungkin aku akan mengalaminya lagi nanti. Semoga kita tetap tabah menghadapinya.


Wednesday, September 16, 2009

Salam Aidilfitri

 
 

Balik Kampunggggg

Hari nih ari last keje sebelum Raya. Baru je habis mengajar orang2 PTG. Lepas ni boleh balik and shopping last sebelum balik Kampung.


Esok pagi dah boleh bertolak pulang.
Selamat tinggal Penang. (sementara je nih jgn selama2 nya pulak!)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin (",)

Tuesday, September 15, 2009

Triffle Fruit

Hari untuk memasak! nih aktiviti yang dilakukan sebelum bulan Puasa. Masak untuk anak2 sedara and kawan yang baru melangsungkan perkahwinan bulan 6 yg lepas.

Menu masa tu... Spageti, Choc moist Cake and triffle Fruit.



Oleh kerana semua ini untuk santapan anak2 sedara dan kawan2 maka aku telah kekalkan resepi asal dengan meletakkan kek lapis di bahagian paling bawah. kalau aku yang nak makan, aku akan gantikan kek lapis dengan roti. Lebih sedappppp...

Dan choc Moist cake. Bab hiasan kureng skit sbb memang tak kreatif!





Biasanya aku letak choc rice kat atas kek... tapi kali nih special skit letak coklat yg dihadiah dari Langkawi (",)

hanya kerana kad raya

ada apa dengan kad raya?
ada gambar!!!



Muka depan tiada apa2. Yang ada apa2 kat page dalam.



ini lah kad raya yg dikecohkan oleh staf2 Penang. Kecoh sebab dalam kad raya tu takder gambar staff Penang. Yang ada hanya gambar staf2 Shah Alam. Terus kecik hati Staf Penang siap buat status kat Gtalk. Memang agak kebudakan tapi biasa la... Staf Shah Alam hanya berhadapan dengan coding and komputer hari2 sedangkan staf Penang kena berhadapan dengan User, Sistem and bos2. Tension dan beban kerjanya lain.

Apa2 pun kepada staf2 Shah Alam... sabar je lah melayan karenah2 staf Penang. Aku yg berada di tengah2 (sebab kadang2 di Shah Alam and kadang2 di Penang)... No komen. Tapi yg penting gambar aku ada dalam Kad tu (",)

Hujung minggu yang memenatkan (^_^)

Aktiviti shopping untuk raya dah bermula. hari Sabtu shopping kat Jusco Seberang Prai. bukan main lama spend masa kat situ tapi hanya mampu beli kemeja untuk ayah n sandle untuk mak.



banyak lagi benda yang tak jumpa :( Sabtu malam pun sambung pergi Megamall Penang. Tapi salah time la plak. Dah la pergi lambat, pastu sesat plak nak carik Nagoya. Pastu bila dah sampai Nagoya, baru nak membelek2 kain. minachi kat situ dah sound dr jauh "Cepat skit dik. Dah nak tutup nih"
takder ciri2 jurujual yang bagus langsung! masa tu dekat2 ngan jam 9.30 malam.
Kitorg terus letak semula kain then BLAAAAAAAHHHHHH

Takder sebarang hasil dari Megamall. so, balik umah then sambung aktiviti seni menjahit Manik.




Ahad teruskan pencarian di Tesco Extra (sbb kat sini ada Nagoya). Tapi hasil yg aku dapat hanya sandle. Oleh kerana mcNa tak jumpa lagi baru melayu utk ayah dia n baju kurung utk mak dia, so kitorang singgah kat expo sebelah tesco. takder banyak sangat pilihan. so kat sini pun pencarian yang sia2.

Kami teruskan perjalanan ke Sunway Carnival Mall. Singgah parkson then beli bekas letak kuih raya.kul 6.30 petang baru boleh pergi bazar untuk beli makanan. Penatnya kakiiiiiii... tak larat dah nak berjalan. Lepas berbuka sambung semula menjahit manik.

Friday, September 11, 2009

Chrismas!!!



Apa kene mengena pelamin ngan chrismas? Tak der kena mengena pun cuma pelamin ni warna merah, ada rambu2 rambai and ada hiasan bulat2 (",)

dan ini pengantinnya...

Wednesday, September 9, 2009

Berbeza pengertian... antara Kawan, Sahabat dan Teman!




kawan... sahabat dan teman
berbeza istilah... berbeza erti
dimana jua boleh kutemui kawan
namun tidak semua boleh ku jadikan sahabat

sahabat mampu menemaniku... biar dengan hadirnya mahu pun tiada
mampu memahamiku... mendengar masalahku
kawan sekadar mendengar
tapi tidak cuba untuk memahami
malah rancak mengutuki

Teman,bisa membuatkanku tersenyum
tempat ku sandarkan harapan
memang bukan sebagai kekasih
cukup lah sekadar teman yang membahagiakan..

Friday, September 4, 2009

Just go wif the Flow



Aku hanya manusia biasa
terkadang lalai terkadang lupa
kesilapan tak terduga
ketelanjuran tak tersangka

Aku hanya seorang wanita
punya hati untuk berkasih
ku cuba menahan hati pedih
ku cuba bertahan selagi boleh

Episod Lalu


Sukarnya untuk melupakan seseorang... Apatah lagi bila kenangan bersamanya ada di mana-mana. Walaupun dengan cinta yang dihancurkan.. Namun melupakan tetap menjadi perkara yang menyusahkan.
Tiada apa lagi yang mampu ku lakukan melainkan pasrah dengan keadaan...Takdir Tuhan yang menentukan perjalanan hidup seseorang...
Sayangkan seseorang.. Relakan lah ia pergi... Jika ketentuan Ilahi mengkehendaki bertemu kembali... Maka bertemu lah...Sehingga detik itu... Aku hanya mampu terus menunggu.. Semoga peluang masih berpihak padaku.
Yang pergi.. Tidak semestinya akan kembali.. Tetapi pastinya akan berganti...Percayalah... Yang berganti itu pastinya lebih baik dari yang pergi. Sesungguhnya, Ku bersyukur dipertemukan denganmu. Dikau jauh lebih baik dari yang terdahulu.