Wednesday, September 30, 2009

Kembali bekerja!!!

Habis cuti raya seminggu pastu sambung dengan MC semalam... makanya hari ni baru aku mula bekerja semula. Alhamdulillah selamat lagi aku kembali ke Penang (",) Balik Penang dari KL pagi tadi naik flight kul 6.55 pg. kul 4 pagi aku dah gerak dari Shah Alam. Sempat tido 2 jam setengah jer. Ngantuk giler time menunggu nak masuk. Masuk2 flight jer aku terus lelapkan mata sampai lah sedar-sedar dah landing kat Penang.

Sampai Penang nasib baik ada Amy datang ambik. Hari ni aku naik flight dengan penuh keayuan berbaju kurung (",) Maklumlah lepas nih terus ke Komtar. Hari ni ada training Pendaftar PTG. Kenalah pakai sopan2 depan diorang2 ni.

Training yang sepatutnya 2 sesi aku jadikan 1 sesi sahaja supaya aku dapat tido. Hehehe.. Takder la... Sebabnya diorang tak ramai and ada yang masih bercuti. Minggu ni bakal menjadi minggu yang sibuk buat aku sebab minggu depan dah nak live sistem di PTG. Bos pun dah bagi arahan sabtu ahad nih kena datang keje untuk verified data migration. Huuhhuhu... Hilang weekend ku :(

1 comment:

Daya said...

cian nyer laa weekend pun kena keje,
aper pun selamat kembali bekerja