Tuesday, September 22, 2009

Diari Raya 2009

Raya tahun ni memang meriah. Hari pertama duduk umah jer. Layan seudara mara yang datang, topup air, kuih, kerepek and kacang dan tak lupa my Choc moist cake. Hari pertama kena buat 2 biji.

Hari ke2 menarik. Keluar jalan-jalan ke rumah kawan-kawan sekolah menengah atas. 1st, Pergi rumah Fairra dengan seorang 'Kawan', makan mee goreng skit jer sbb lepas ni banyak lagi tempat nak pergi. Kemudian pergi rumah Farina makan nasi minyak.( Na, mana ayam masak merah yang aku pesan tu?), 3rd datang rumah aku and solat Zohor. Hari ni buat nasi impit jer. Tapi choc moist cake aku pasti ada (",)

Rumah ke 4 pergi melawat rumah kawan (Hajar) yang baru selamat melahirkan baby perempuan. Cute baby nyer... Next ke rumah Shah... destinasi ke2 terakhir. Kat sini makan nasi putih ngan gulai daging. ermmm sedappp... Kemudian solat Asar kat masjid Pengadang Baru.

Dan destinasi terakhir ke rumah Lazim. Makan mee goreng basah. Sedap jugak. banyak lauk and banyak sayur. Tapi aku tak suka makan sayur. (",) Macam nak keluar balik je kalo makan. Balik dari sana aku pergi mydin. oleh kerana masa tu dah maghrib and parking kat mydin takder, so pergi solat kat masjid ladang dulu. kemudian baru datang semula ke mydin.

Balik dari mydin dalam kul 9.30 then singgah makan kat restoren mcgyver. pekerjanya ramai yang masih bercuti sampaikan nak makanan pun kena self service. Banyak btul makan hari nih. Penat je diet time puasa hari tu (diet tapi tak kurus2 jugak!). Aku sampai rumah dalam kul 10.30 malam. Kemudian lepak borak2 kisah hidup dengan mak and kakak aku sampai jam 12 then gayut sampai 2 pagi. Baru lah boleh tido dengan lena! (",)

itu lah perjalanan hitam putih kehidupan aku hari nih. Banyak kenangan pahit manis yang berlaku. Kupu2 dalam perut? banyak gurauan gelak tawa kita. Banyak juga air mata yang mengalir hiba. Kepada sesiapa yang terasa dengan kata serta senda gurau aku hari ini, semalam atau akan datang... aku mohon maaf. Percaya lah, aku mengerti apa yang terjadi dan aku pernah mengalaminya. Dan mungkin aku akan mengalaminya lagi nanti. Semoga kita tetap tabah menghadapinya.


2 comments:

Daya said...

kupu2x dalam perut??
baru da kesempatan baca citer raya ..
banyak gak umag awak g beraya yer..huhu

Afzan said...

hehehe... kupu2 dlm perut cam citer cinta 3 musim ke apa ntah!
banyak umah p beraya n banyak makan!!! Lepas raya nak start diet la (",)