Wednesday, November 25, 2009

Kesabaran...

Hari ni hari yang membengangkan aku. Sesuai dengan itu... aku ingin menulis sesuatu tentang kesabaran dan seangkatan dengannya. Semuanya aku petik dari kata2 orang. Hehehe...


Saat marah, hitunglah sampai sepuluh sebelum Anda berbicara. Jika Anda sangat marah, hitunglah sampai seratus. – Thomas Jefferson

Kebahagiaan tidak mungkin terjadi tanpa didukung oleh ketabahan. - Alain

Jalan menuju pikiran seseorang adalah melalui hatinya. - Peribahasa Amerika
 

Tuesday, November 24, 2009

Kisah mereka...

Jam tepat menunjukkan pada angka 5.57 PM. Semua urusanku hari ni dah selesai. Jadi, aku pun menggodek2 gambar yang ada dalam laptopku. Tiba2 terpampang la satu gambar ni... lantas mengingatkan aku pada satu peristiwa.

Nak tahu apa kisahnya??

Aku ada seorang kawan (din) yang berminat untuk berkenalan dengan kawanku (lin). First time jumpa dalam jangka masa yang singkat disebabkan kami (aku dan din) ada urusan lain lagi selepas tu.

Balik dari rumah Lin, Din terus suarakan hasrat hatinya untuk menghadiahkan sesuatu kepada Lin sebagai tanda perkenalan. Aku ok kan jer... SO, lepas dah settle semua urusan, kitorang pun pergilah mencari hadiah yang telah dikenalpasti itu. dan hadiahnya adalah :


 Kotak kerongsang ni nampak macam tak berapa nak lawa sebab kotak tu dijual berasingan and memang dah takder pilihan yang lain. (elergik btul aku ngan perkataan pilihan tuh hehehe..)

Tapi kan... bila aku nampak kerongsang nih.. aku lebih teringatkan pengakhiran kisah mereka berbanding permulaannya. Susah kan... bila terlalu banyak pilihan...
Apa2 pun semoga pengakhiran kisah mereka baik2 belaka walaupun mereka bukanlah bersama...

KerasTangan

Jika minggu2 sebelum ni aku habiskan di Shah Alam... maka...Satu2nya hujung minggu aku di Penang dipenuhi dengan aktiviti kerastangan... dan inilah hasilnya...


Bakul untuk buah-buahan


Bakul untuk Coklat

Tuala di dalam Kotak

Kotak untuk Kek
Ada lagi satu kotak yang aku siapkan untuk kain baju melayu. Tapi tak snap gambar sebab gubahan kain baju melayu belum siap lagi...

Asalnya bunga gubahan just bunga korset jer. Tapi untuk memeriahkannya... kenalah digabungkan dengan riben2 dan juga gabungan 2 bunga rama2 kecik. So, nampak la besar sedikit rupanya berbanding asal.

Malam ni sambung balik aktiviti kerastangan ni untuk gubahan kain baju melayu dan gubahan coklat. Takder idea sangat untuk coklat selain daripada letak je dalam bakul tu. Aku lagi prefer kalo coklat digubah menjadi jambangan bunga.. Tapi untuk kali ni tak dapat nak buat sebab coklat yang telah dibeli di dalam kotak and gabungan ferrero rocher + Cadbury bar.


Wednesday, November 18, 2009

Just an Option

Situasi 1 

Girl      : Saya nak tahu seseuatu boleh? Kenapa awak nak kawin ngan saya erk?
Boy     : Entah! Sebab saya dah takder pilihan kot.
Girl      : Takder pilihan? Maksudnya awak bukan nak kawin ngan saya sebab awak sayang saya. Bukan sebab awak nak jadikan saya isteri awak. Tapi awak cuma nak kawin ngan saya sebab setakat nih takder perempuan lain yang suka awak! Camtu?

Boy     : Lebih kurang la...
Girl      : Pastu katalah dekat2 nak kawin or lepas kawin tiba2 awak jumpa perempuan yang awak suka.. yang awak nak jadikan isteri awak... masa tu apa yang awak akan buat?

Boy     : Entah la... benda tak berlaku lagi... sy pun tak tahu apa saya nak buat.
Girl      : Kiranya awak ni benda dah berlaku.. masa tu la baru awak fikir apa nak buat? (Sambil menahan emosi) Ok! Camni la... awak fikirlah dulu.. apa yang awak nak..apa yang sebenar2nya awak nak. Dah dapat jawapan awak bagitau saya.

Boy     : Entah la.. saya pun tak tahu apa yang saya nak.
Girl      : Awak sendiri tak tahu apa yang awak nak! Habis tu camne awak nak tahu apa yang saya nak!
Boy     : Apa yang awak nak?
Girl      : Saya nak jadi keutamaan.. bukannya pilihan.(Sambil berlalu pergi)

Sejam kemudian...

Boy     : Sayang, sy minta maaf. Saya masih sayang awak tau!
Girl      : Saya tahu awak cakap macam ni sebab awak takut nak bagitau mak ayah awak kalau kita break up kan?

Boy     : Lebih kurang laa...
Girl      : Boleh tak awak tolong fikirkan lagi sekali. Fikir yang sebetul-betulnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan yang saya je pilihan yang awak ada dan tanpa dipengaruhi oleh perasaan takut nak berterus terang dengan mak ayah awak. Boleh?

Boy     : okey...
Girl      : Ok... Terima kasih... (Melangkah pergi dengan harapan akan dapat jawapan yang sebenar2nya jawapan dari Boy)

Situasi 2

Lelaki itu tahu apa yang dia inginkan. Perempuan macam mana yang dia mahu jadikan isteri. dan perkenalannya dengan ramai perempuan menyebabkan dia mendapat banyak pilihan. Tapi di antara semuanya hanya seorang yang dilihat sesuai dengan dirinya dan keluarga. Cuma masalahnya dia terlalu mencari kesempurnaan. walaupun baginya perempuan ini hanya kurang pada 1 perkara, perempuan ini tetap hanya mampu jadi kawan biasa.

Perempuan ini terlalu menyayangi lelaki itu. Setelah banyak kali mencuba... berusaha untuk memenangi hati tetapi sia -sia jua. Akhirnya perempuan ini mengetahui bahawa dia hanya pilihan terakhir yang hanya akan di pilih apabila tiba penamatnya lelaki itu masih belum bertemu dengan pilihan hati yang sempurna baginya. Akhirnya perempuan ini mengambil langkah berlalu pergi...


Dont make someone a priority in your life if you are just an option in theirs.

Persoalannya : Betul ke tindakan mereka tu erk?

Monday, November 16, 2009

Kesal



Berulang kali ku cuba mengerti
Namun kau tak pernah untuk menyedari
Walaupun akhirnya semua kan berlalu
Hadapi kenyataan
Biarpun penuh berduri
Harusku hadapi
Tuk sejenak diri lupakan problema
Agar lepas dari segala prasangka
Aku cuba berlari
Ikuti langkahku
Menyongsong matahari
Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri
Tanpa engkau lagi ingin kubuktikan semua
Bahwa diri ini bukanlah sekadar
Boneka yang dapat kau jadikan mainan
Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Harapan hidup berdua
Ternyata sia-sia
Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa
Hidupku jadinya

Friday, November 13, 2009

Hasrat terselindung ;(


Tangisan dalam senyumanku
Terlindung dari mata dan fikiranmu
Tak pernah dikau tahu
Tak pernah kau peduli
Kepedihan hati yang aku alami

Kau hanya ingin ku turuti
Setiap gerak jari telunjukmu
Sedangkan aku jua punya hasrat punya rasa
Tetapi tidak mampu tuk bersuara

Sesekali aku ingin dihargai
Janganlah aku diletakkan ketepi
Sesekali aku ingin merasakan
Kemanisan cinta dalam satu genggaman

Aku mengharap kau mengerti
Menyelami yang terjadi
Apa sebenar yang terbuku dalam hati ini
Aku tidak sanggup
Meneruskan hidup begini
Di dalam sangkar yang penuh berduri

Semoga dikau memahami
Menilai perasaan tersembunyi
Dan jangan sesekali
Kau bersalah mentafsirkan
Hasrat dan keikhlasan hati ini

Thursday, November 12, 2009

Aku adalah OKK

Dulu2 aku pernah mention pasal aku dapat 7 surat cinta daripada pakcik MBSA. Pastu masa aku balik Shah Alam untuk bercuti hujung minggu + bercuci di Istana Budaya + Berdating ngan Hans... anak saudaraku (anak kakak aku) telah menghulurkan satu lagi surat.

Ingatkan surat apa.. rupa2nya surat yang jugak bercopkan MBSA. diorang hantar surat semata2 untuk bagitau promosi yang diorang buat. Promosi Potongan Bayaran Saman sebanyak 50%. Kenapa 50% jer? Dalam surat tu dinyatakan bilangan saman yang telah didaftarkan untuk kereta aku dan jumlah yang perlu aku bayar.

Walaupun 50% tapi still banyak gak kena bayar. Dah la promosi sampai hujung bulan November ni jer... Terpikir2 la jugak aku untuk membayarnya. Maka, dengan itu aku ambik keputusan untuk membuat keje2 part time di company aku. Kerjanya senang jer... Verify data yang telah di entry oleh budak2 Data Collection. Kerja selama 5 jam sehari untuk pendapatan yang lebih kurang rm100 (bersamaan dengan bayaran untuk 1 saman)

Kiranya cukupla aku keje seminggu then lepas untuk bayar saman (",) tak der la effect pada gaji.Kan? kan? kan?

Tapi... agak2 nanti2 MBSA akan buat promosi potongan sehingga 90% tak?? Kalo ada... tak payah la aku bayar sekarang kan? He... He.. He...

Nota : Pegawai Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata OKK sepatutnya mengambil peluang itu untuk membayar tunggakan bagi mengelak MBSA melaksanakan waran tangkap dan mendakwa mereka di mahkamah.

Monday, November 9, 2009

.: melarikan diri :.


Aku perlukan ketenangan hati

Aku perlu format semula memori di kepala ku ini

banyak benda yang perlu dibuang

perkara2 yang mendukacitakan, kenangan pahit, kenangan manis yang kini dah jadi pahit

Jom bercuti jalan2 cari ketenangan!

Friday, November 6, 2009

CUCI The Musical !!

Minggu yang penuh dengan kesibukan. Alhamdulillah... akhirnya sistem eTanah digunakan jugak di PTG. Memandangkan PTG baru nak gunakan sistem ini... makanya terpaksa lah (bukan sukarela tau) aku men 'standby' kan diri di sini.
standby tu sama dengan :
1)        Berdiri di belakang kaunter ( untuk pantau kot2 kerani salah masukkan data or kot2 sistem error)
2)        Berjalan ala2 nak masuk pertandingan jalan laju (dari kaunter ke bilik gerakan untuk dapatkan khidmat nasihat daripada yang lebih pakar)
3)        Telefon insan yang berpangkat lebih tinggi (untuk melontarkan pertanyaan)
4)        Berjalan ala2 catwalk di sepanjang bahagian kerani kemasukan ( untuk membolehkan kerani2 kemasukan panggil untuk dibuka kaunter pertanyaan)
5)        Menguji mana2 error yang telah dibetulkan

Tu jer antara yang aku ingat. Ingatan dah berkurang skit sekarang sebab telah dilebihkan kepada mengingati peristiwa yang berlaku minggu lepas (",)
Nak tau kenapa aku tulis ini? yang telah menyebabkan cheqNa membuat entry ini!

Na, lepas nih jangan marah lagi tau. He He He... dan ini lah puncanya.

 
Tapi aku tipu kejap je tau. At last aku bagitau jugak yang sebenarnya kan? Heheh...

Petang ni aku akan bertolak ke Shah Alam semula sebab esok ada JanjiTemu dengan CUCI The Musical untuk kali ke 2 (",) Best sangat persembahan diorang. Lagu2 yang best, tarian yang best... aksi spontan diorang pun best jugak. Sakit perut menahan gelak. Tapi bila ada part sayu memang tersentuh lah jugak hati nurani ini. Chewahhhh....

 Neway, musical ni memang best! (",)

Sunday, November 1, 2009

Aku telah JATUH CINTA!!!


Indahnya rasa bila jatuh cinta. Terasa sungguh bahagia. Asyik nak tersenyum jer... bawak kereta senyum.. tengok tv senyum.. makan senyum... nak tido pun senyum. sebelum tido sah2 la berangan dulu. Indahnyaaa...

Asyik nak bercerita jer pasal dia. Sampaikan ngan anak sedara pun boleh layan bercerita pasal dia. Hehehe... Tak sabar nak balik Shah Alam minggu depan. Nak jumpa dia lagi. Rindunyaaaa...

Note : Na, ada terserlah kepoyoan tak? Hehehe...