Wednesday, November 18, 2009

Just an Option

Situasi 1 

Girl      : Saya nak tahu seseuatu boleh? Kenapa awak nak kawin ngan saya erk?
Boy     : Entah! Sebab saya dah takder pilihan kot.
Girl      : Takder pilihan? Maksudnya awak bukan nak kawin ngan saya sebab awak sayang saya. Bukan sebab awak nak jadikan saya isteri awak. Tapi awak cuma nak kawin ngan saya sebab setakat nih takder perempuan lain yang suka awak! Camtu?

Boy     : Lebih kurang la...
Girl      : Pastu katalah dekat2 nak kawin or lepas kawin tiba2 awak jumpa perempuan yang awak suka.. yang awak nak jadikan isteri awak... masa tu apa yang awak akan buat?

Boy     : Entah la... benda tak berlaku lagi... sy pun tak tahu apa saya nak buat.
Girl      : Kiranya awak ni benda dah berlaku.. masa tu la baru awak fikir apa nak buat? (Sambil menahan emosi) Ok! Camni la... awak fikirlah dulu.. apa yang awak nak..apa yang sebenar2nya awak nak. Dah dapat jawapan awak bagitau saya.

Boy     : Entah la.. saya pun tak tahu apa yang saya nak.
Girl      : Awak sendiri tak tahu apa yang awak nak! Habis tu camne awak nak tahu apa yang saya nak!
Boy     : Apa yang awak nak?
Girl      : Saya nak jadi keutamaan.. bukannya pilihan.(Sambil berlalu pergi)

Sejam kemudian...

Boy     : Sayang, sy minta maaf. Saya masih sayang awak tau!
Girl      : Saya tahu awak cakap macam ni sebab awak takut nak bagitau mak ayah awak kalau kita break up kan?

Boy     : Lebih kurang laa...
Girl      : Boleh tak awak tolong fikirkan lagi sekali. Fikir yang sebetul-betulnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan yang saya je pilihan yang awak ada dan tanpa dipengaruhi oleh perasaan takut nak berterus terang dengan mak ayah awak. Boleh?

Boy     : okey...
Girl      : Ok... Terima kasih... (Melangkah pergi dengan harapan akan dapat jawapan yang sebenar2nya jawapan dari Boy)

Situasi 2

Lelaki itu tahu apa yang dia inginkan. Perempuan macam mana yang dia mahu jadikan isteri. dan perkenalannya dengan ramai perempuan menyebabkan dia mendapat banyak pilihan. Tapi di antara semuanya hanya seorang yang dilihat sesuai dengan dirinya dan keluarga. Cuma masalahnya dia terlalu mencari kesempurnaan. walaupun baginya perempuan ini hanya kurang pada 1 perkara, perempuan ini tetap hanya mampu jadi kawan biasa.

Perempuan ini terlalu menyayangi lelaki itu. Setelah banyak kali mencuba... berusaha untuk memenangi hati tetapi sia -sia jua. Akhirnya perempuan ini mengetahui bahawa dia hanya pilihan terakhir yang hanya akan di pilih apabila tiba penamatnya lelaki itu masih belum bertemu dengan pilihan hati yang sempurna baginya. Akhirnya perempuan ini mengambil langkah berlalu pergi...


Dont make someone a priority in your life if you are just an option in theirs.

Persoalannya : Betul ke tindakan mereka tu erk?

1 comment:

cheqna said...

zan....

speechless aku...