Tuesday, November 24, 2009

Kisah mereka...

Jam tepat menunjukkan pada angka 5.57 PM. Semua urusanku hari ni dah selesai. Jadi, aku pun menggodek2 gambar yang ada dalam laptopku. Tiba2 terpampang la satu gambar ni... lantas mengingatkan aku pada satu peristiwa.

Nak tahu apa kisahnya??

Aku ada seorang kawan (din) yang berminat untuk berkenalan dengan kawanku (lin). First time jumpa dalam jangka masa yang singkat disebabkan kami (aku dan din) ada urusan lain lagi selepas tu.

Balik dari rumah Lin, Din terus suarakan hasrat hatinya untuk menghadiahkan sesuatu kepada Lin sebagai tanda perkenalan. Aku ok kan jer... SO, lepas dah settle semua urusan, kitorang pun pergilah mencari hadiah yang telah dikenalpasti itu. dan hadiahnya adalah :


 Kotak kerongsang ni nampak macam tak berapa nak lawa sebab kotak tu dijual berasingan and memang dah takder pilihan yang lain. (elergik btul aku ngan perkataan pilihan tuh hehehe..)

Tapi kan... bila aku nampak kerongsang nih.. aku lebih teringatkan pengakhiran kisah mereka berbanding permulaannya. Susah kan... bila terlalu banyak pilihan...
Apa2 pun semoga pengakhiran kisah mereka baik2 belaka walaupun mereka bukanlah bersama...