Friday, October 30, 2009

Aku wanita biasa



Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa
Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Thursday, October 29, 2009

Tinggal sayang Tinggallah Pujaan

Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka yang lara menerpa

Oh mengapa kau utuskan sengsara
Kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alihkan cintamu padanya

Ooo... sebak rasa ku menahan derita
Pilu hati mengenangkan cinta yang kecundang
Ooo... sayang inikah balasanmu terhadapku
Seorang insan yang amat menyintai dirimu

Kering airmata
Kesal tetap ada
Jernih air di muara
Luka tetap ada

Ternyata kau insan yang tak setia
Pengorbananku selama ini tak berharga

Kenangan yang lama kutinggalkan
Tiada guna mengungkit kisah yg lama
Kelak nanti meracun hidupku
Tinggal sayang
Tinggallah pujaan...

berbicara pada diri

Sekitar tahun 2004
(along)



Entah apa lagi yang perlu ku lakukan untuk membahagiakan mu. Entah apa lagi yang perlu ku lakukan untuk menjadi insan kesayanganmu. Dia memang bertuah tapi sayang dia tak tahu menghargai tuah yang dia dapat. Bertuah kerana disayangi sepenuh hati. Bertuah kerana menjadi insan kesayangan. Bertuah kerana keadaan. Bertuah kerana kelahiran .. tuah yang pastinya aku tiada. Dia... terlalu banyak kelebihan...

Aku... terlalu banyak kekurangan...Dia dulu pergi meninggalkan insan yang betul menyayangi diri dia. Jika suatu hari dia kembali..Apa yang harus ku lakukan.. Membiarkan atau mempertahankan... Aku yakin dengan perasaanku. Aku yakin dengan perasaanmu.Tapi... hari itu... Antara aku dan dia.. Yang mana lebih kau cinta... Itu yang aku tak pasti...

Sekitar tahun 2006
(sue)


Mengapa harus pergi andai benar kita menyayangi seseorang? Sekadar untuk membuktikan hati kita cukup baik.... Kerna sanggup berkorban... Tapi fikirkan lah... ikhlaskah kau...jujurkah kau...paling tidak pada diri engkau...

Namun... semuanya sudah terlewat.. Ianya telah lama berlalu bersama luka yang mungkin kini kian terubat...SUDAH TERLEWAT... jadi... Untuk apa kau kembali... Sedangkan kau tahu... Malah terlalu arif... Kehadiran kau bisa membuatkan hati seseorang terluka... Bisa membuatkan hati seseorang keliru... Keliru dengan perasaannya sendiri... Memilih antara dua...Seseorang yang pernah disayangi setulus hati... Tapi berlalu pergi seolah-olah diri memang tak cukup berani untuk mempertahankan cinta sendiri..Dan kini kembali bersama cerita baru yang entah benar entah palsu...

Atau seseorang yang dia tahu memang menyayangi dirinya dengan setulus hati...Sanggup berkorban untuk dirinya dan yang pastinya sanggup menunggu mempertahankan cintanya...
Untuk apa kau kembali...Untuk apa kau menjelma semula mengetuk pintu hati yang memang sudah dimiliki insan lain...Masa untuk kau telah berlalu... Kasih sayang untuk kau bukan sedikit...Tapi kau sia kan.... Dan sekarang masa untuk aku... Kenapa mesti kau ganggu?.

Sekarang
(mereka)


Bila nak dapat anak perempuan???

Tuesday, October 27, 2009

Tolong lah pergi dari hidupku!!!



Angan... pergilah dari hidupku... Jadilah kenyataan... huhuhuu

Friday, October 23, 2009

sampainya Hatimu..

Malas bebenor aku nak buat keje di hari2 Jumaat nih. Lambatnya time rehat nak menjelma... Aku dah sediakan plan nak pergi buat pelaburan di Giant Shah Alam nih (",)

sementara menunggu tika dan masa... entah kenapa tiba2 aku terlayan jiwang. Mungkin kesan dari aktiviti malam tadi kot! (Aktiviti tak berapa sihat di Alamanda) Hehehe... so, ini lah hasil jiwangan (ada ke perkataan nih?) ku. Layan je lah erkk...


 ni bukan gambar kaki orang yang melangkah pergi tu tau!
Benarlah bagai yang dimimpi
Engkau yang kupuja akhirnya melangkah pergi
Tinggalkan aku sendiri
Menjalani hidup ini
Tanpa hadirnya dikau di sisi
Hanya sepi yang menemani
Bersama sunyi yang menghimpit diri
Aku cuba tabahkan hati
Daripada disakiti lagi
Pengajaran yang dapat aku pelajari
Mungkin jua untuk korang semua fahami
Janganlah diperjudikan hati
Untuk sesuatu yang belum pasti
Kerna peritnya tidak terperi

Note : kepada cheqNa, terima kasih belanja makan 2 hari berturut2. Lain kali boleh belanja lagi!hehehe

Thursday, October 22, 2009

surat cinta lagi!!!

Hari nih aku sampai opis dah hampir2 jam 9 pagi. Sebelum gerak tadi aku dah siap2 mesej officemate bagitau yang aku tak join diorang b/fast. Sebab hari ni aku bawak bekal mee kuah (yang tak sempat nak makan malam tadi) and roti sosej.

Masuk2 office benda yang pertama buat mestilah ON kan laptop (",). Gtalk dah on, YM on, cek email office (tak der isu apa2) then bukak email Yahoo, Gmail and blog. Maka bermula lah aktiviti membaca blog2 yang ada... baca punya baca sampailah kawan2 yang pergi breakfast tadi dah balik.

Kemudian baru aku teringat .... ada sesuatu yang aku belum buat. Agenda penting kalo aku duk kat Shah Alam... so, langkah pertama, kutip syiling2 yang ada... segenggam aku ambik pastu tiba2 kawan aku bersuara

"eh, ko tak pergi bayar parking lagi ke? pakcik2 tu dah ronda2 dah tadi!"
Dengan serta merta aku pergi usha kereta aku dari tingkat opis aku nih. SAH! CONFIRM! aku dah kena SAMAN... LAGI!!! Menjadikan saman terkumpul aku di Shah Alam ni dah jadi 7 (sejak dari bulan 6 tahun lepas). Setiap kali aku balik Shah Alam... mesti ada saman yang aku dapat.

Note : waktu kejadian : 10.05 pagi. kepada encik2 MBSA... nanti dah cukup 10 baru sy pk nak p bayar erkk!!!

Wednesday, October 21, 2009

"jangan letakkan sayang dulu pada dia.. sebab bila kau dah sayang dia... nanti segala keburukan dia kau dah tak nampak dah"
kerana??? semuanya telah dibutakan oleh cinta...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



 Aku lihat engkau sebagai seorang yang hebat. Tahu ambik hati sesiapa sahaja, tahu hormat orang tua, tahu banyak benda (yang ni kau selalu banggakan), berpewatakan agak menarik, Tahu jaga tingkah laku dalam pergaulan dan tahu jaga adab sopan serta tahu jaga sembahyang. Dulu aku cukup kagum dengan kau.
Persis watak2 hero dalam novel2 cinta. Kira macam rugilah kalau tak ambik kau jadi suami.

Tapi semakin lama semakin aku sedari... kau tak ubah macam insan2 lain. Ada kelebihan dan ada kekurangannya.

Kau suka membangga diri! aku abaikan (tak per la... dah memang kau expert pasal benda tu)
Kau suka menunjuk2 tentang diri kau! aku abaikan (tak per la... dah memang kau macam tu)
Kau suka call aku sekejap pastu pesan suruh call kau semula malam nanti! aku abaikan (tak per la... dia takder kredit kot. tapi bukan ke kau pakai line?)

dan....

kau ejek nama kawan aku! aku kisah. Dah mak ayah dia bagi nama macam tu. nama dia pun elok jer.. bukan pelik pun.
mungkin kau rasa diri kau dah cukup hebat. Nama kau dah cukup 'bermakna' sampaikan kau persendakan nama 'yang bahagia'

Kau gelakkan kawan aku! aku kisah. Dah dia dilahirkan dengan kekurangan macam tu. Kejadian Allah tu. Takkan itu pun kau ada hati nak ejek.
Mungkin kau rasa kau dah cukup sempurna sampaikan kau sanggup mempersendakan sedikit kekurangan yang ada pada kawan aku.

Kini, kekaguman aku pada kau dah hilang. Kau memang manis... sweet talker sampaikan dengan semua orang kau sweet talk. Aku pun dah tak tau dah nak bezakan mana satu yang kau betul2 maksudkan!

kepada Kau: sesekali muhasabah lah diri. "Cukup sempurnakah aku? "

Tuesday, October 20, 2009

Percutian ke Terengganu

Seperti yang telah dimaklumkan dalam entry yang lalu, antara tujuan aku balik kampung adalah menghadiri majlis pernikahan noG and Nizam. Insan2 yang terlibat dalam aktiviti ini tentunya akue, Nana, Farah, Mcna, Memey, Zati, Eifa, Ida, Fiza dan Raja.

Korang usha2 je la gambar yang ada erk! Banyak sangat baca blog2 orang sampaikan dah tak reti nak mengarang... Hahaha...
 

Sempat lagi kitorg berposing2 disebabkan kitorg lah yang pertama sampai. Ya! Ya! Yang berseluar tu memang lelaki and dia lah satu2nya lelaki yang join aktiviti kali nih (",)


Ini lah Pengantin perempuan... time ni dia baru sampai and on de way nak join kitorg lepak2 borak2 sambil menunggu pihak lelaki sampai.



Farah sedang tekun menerangkan makna corak2 inai di tangan pengantin. Pengantin plak buat2 lupa psl makeup di muka. Bersembang tak hingat dah...


Dah namanya pengapit mestilah berkepit je disebelah kan? HeheHe...

Duit mas kahwin di tangan aku! Agak2 kalo aku ciluk sehelai dua mesti takder orang perasan nih!!!
( tapi aku tak ciluk tau)




 
  Dah selamat bergelar isteri. Muka pun dah terlebih seri dah (",)



Lawanya kek... upacara memotong kek dimulakan sebaik sahaja selesai bersanding. Selesai bersanding bermaksud tugas aku sebagai pengapit dah berakhir. Kawan2 dah menunggu masa untuk pulang... tak dapat lah aku nak merasa kek lawa yang macam best tu. Aktiviti lepas ni adalah shopping di Pasar Besar Kedai Payang (betul ke namanya erkk! aku pun tak sure)
Tapi sebelum balik sempat lagi kitorang mengabadikan potret indah (indah kerr) bersama2 pengantin (",)

Kepada Nog (kak noG sebenarnya) dan Nizam (tapi bukan abang Nizam),  
SELAMAT PENGANTIN BARU
 semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya... AMIN... 

Note : Hadiah2 yang kitorg kasi jangan lupa guna tau!!! He He He (gelak macam dalam iklan ubat gigi fresh n white)

Friday, October 16, 2009

.: Bila tiada lagi cinta di HATI :.


Pernahkah korang rasa di hati korang sudah tiada rasa cinta. memang la korang semua sayangkan family... kawan2... tapi bukan ini yang aku maksudkan. dis is Love for someone yang korang angankan akan jadi pasangan hidup korang.

Agak2 apa rasanya bila dah tiada cinta dalam hati kita erk! Rasa kosong? rasa keseorangan? rasa kesunyian?
kenapa semua ini berlaku?

maybe kerana setelah semua harapan dan impian di bina... Yer la sebelum  ni bukan main susah payah lagi kita nak suka/sayang/cintakan seseorang. so, bila dah sayang tu... giler2 la punya sayangnya. lautan api sanggup direnangi, hujan panas sanggup diredahi. alih2 kasih putus di tengah jalan. Hancur berkecai semua angan2.

Mungkin jugak kerana suasana or rasa hangatnya bercinta tu  dah takder. Semua rasa tu dah hilang bersama peredaran masa. Hilang kerana terlalu bosan and terlalu kecewa dengan pasangan. Tak semestinya kecewa sebab si dia dah beralih arah. tapi mungkin juga kecewa dengan sikap dan perangai pasangan yang semakin lama semakin tak menepati piawaian hidup kita. atau juga kerana semakin lama semakin tiada persefahaman antara kita.

Bosannya bila rasa cinta itu dah tiada. what ever happened, happened! just go with the flow. itu je yang mampu dilakukan... kot! jadi, kepada sesiapa yang masih ada rasa cinta... bersyukurlah... biarpun cinta itu berbalas atau tidak, biarpun rasa cinta itu menyusahkan.. atau biarpun korang selalu diduga kerana cinta... sekurang2nya rasa CINTA itu masih ada di hati korang2 semua.

Thursday, October 15, 2009

lawak hari ini...

Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mengecat bangunan yang tinggi, pada ketika itu dia sedang mengecat bahagian luat tingkat 24. Biasalah dia berdiri atas papan dua keping aje. Tiba-tiba ade sorang kawan tu menjerit dari dalam bangunan

" Ali, anak engkau cedera parah kene langgar kereta". Pemuda tu terkejut beruk mendengar anaknye kene langgar kereta. Sebagai bapa yang sangat menyayangi anak, dia jadi panik. Ape lagi dia pun terus melompat turun dari papan tu. Malangnye dia melompat bukan kedalam bangunan tapi kearah luar bangunan. Apa lagi, terus jatuh kebawah ler. Jatuh dari tingkat 24, mau tak matinya. Pemuda tu terkejut besar kerana tersalah lompat, tapi sekarang dia ada masa sikit nak taubat, kerana dah tau tak lama lagi dia akan mati berkecai. Bila sampai kebawah pasti badannye hancur berderai. 

Terlalu sedih dia ketika itu. Dahlah tak dapat jumpa anaknya tersayang, dia sendiri pun akan mati kejap lagi.
Pasti bertambah sedih isterinye nanti. Tiba-tiba waktu badannye tengah laju menjunam kebawah, baru dia teringat yang dia belum ada anak lagi. Bila dah sampai tingkat sepuluh, teringat lagi satu perkara, yang dia belum pun kawin lagi. Dan apabila dah nak sampai ketanah, baru dia teringat yang nama dia pun bukannye Ali......tapi Bedul. Maka matilah si Bedul hanya kerana terkejut pasal anak orang lain kena langgar.


Tuesday, October 13, 2009

Rindu Kawanku !



RIndu kawanku ! Macam tajuk lagu Maya Karin yg dalam citer kuliah cinta  plak! Hehehe...
Tapi serius la ... rindu kat kawan sorang tu.

Balik kampung minggu lepas kelebek2 (faham ke erk), belek2 buku2 lama... terjumpa lah buku catatan aka diari zaman2 matrik dulu. Dulu aku matrik kat London. Hehehe... Kolej matrikulasi Melaka, Londang!

masa matrik aku rapat ngan Fizah and Kamal. Fizah sampai sekarang pun still contact lagi.. ngan Kamal plak... dah tak leh nak berhubung dah. Nanti wife dia marah (dulu masa still awek pun dah marah, apatah lagi bila dah jadi Isteri kan? Hehehe)

tapi..... yang kawanku yang dirindui itu bukannya Fizah or Kamal... ermmm... ada lah jugak rindu skit2 kat diorg. Tapi yang banyaknya rindu kat Abdul Salam Saad... Mana kau menghilang Salam??? Tak dapat dikesan langsung! Ada saper2 kenal Salam kawanku tak? nak buat jejak kasih nih (",)

Thursday, October 8, 2009

Yea yea.. Balik Kampung!!!

Setelah memohon jasa baik semua yang terlibat... Akhirnya aku dapat kelulusan untuk balik kampung minggu ni. Tu pun dah puas memujuk and merayu2 sekali ngan buat muka sedih. Hehehe...

Aman skit hari ni buat kerja sebab semua benda peribadi dah settle. So, Hari ni just settlekan benda2 untuk live PTG isnin nih. Try untuk settlekan semuanya hari ni coz esok hanya kerja separuh hari sahaja. Project Manager dah bagi balik awal dengan syarat :-
  1. TAK BOLEH balik daripada site sebelum pukul 12.00 tengahari. ( kul 12.01pm kitorang offline Gtalk erk Kak Lina. Hehehe )
  2. NO EXCUSES untuk isnin nih. Semua yang terlibat kena ada di PTG before 7.30 am. ( kecuali aku sebab aku ada appointment doktor. Hehehe )
Mesti kYana tertanya2 kenapa sy suka sangat dapat balik kampung kan??? iyerkan jer kYana. Paksa nih... So, antara sebab2nya adalah:
  • Jumpa Family - Mak, Ayah and Nenek ( ini wajib nih)
  • Mencari kedamaian hati (",)

see!!! Damaikan? Penuh dengan pokok2 yang menghijau...kiri kanan belakang penuh ngan pokok2 duku, durian, rambutan, rambai, manggis, limau, betik and banyak lagi lah.. even pokok Kurma pun ada... cuma blum berbuah jer lagi Hehe...
  • Jumpa anak2 sepupu...

                         Illa - anak sepupu yang selalu ikut ckp aku (",)       Fahrin - anak sepupu yang aku selalu culik 
                                                                                                                    bawak balik umah (",)


  • Kawan2 ramai datang umah. Coz penginapan disediakan di rumahku (",)
  • Attend kenduri kawin officemate. Siap jadi pengapit lagi tu!
  • pastu boleh jumpa Boboy!

Nampak garang kan Boboy! Walaupun dia ni Jantan tapi penakut. Boboy lahir kat depan pintu umah kakak aku kat Shah Alam masa bulan puasa tahun lepas..umur dia baru setahun tapi dah besar2 sangat! Masa balik raya aku angkut boboy sekali duk dalam kete. Betapa penakutnya Boboy ni sampaikan kalo ada orang2 yang dia tak biasa dalam rumah (melainkan mak ayah n nenek aku ler), dia akan duk kat luar rumah.

Masa raya baru nih lagi teruk. seharian dia menyorok kat luar rumah sebab anak2 sedara aku kat dalam rumah. sampaikan malam kena p carik dia bawak masuk rumah. Dalam banyak2 kucing kat umah aku, dia nih jer yang lepas tido kat dalam rumah. Yang lain2 sila beradu di luar yer!!! Hehehe..

karang benda ni dari pagi tadi baru sekarang siapnya (sekali2 ngan buat kerja tau. sebab tu lambat siap). Dah kul 5 ptg... dah boleh balik rumah. Urusan live ada tak settle lagi tapi kena sambung esok sebab malam ni kena deploy SPOC baru. Hehehe... baiiiiiiiiiii...


Wednesday, October 7, 2009

Insan yang bergelar Lelaki


insan yang diimpi telah dijumpai
walau jauh di mata tetap dekat di hati
perkenalan kami bukannya baru sehari
malah keluarga pun dah merestui

dia datang dan juga pergi
sesuka hati atau memang ada salah diri ini
aku cuba untuk mengerti
aku cuba untuk memahami apa sebenarnya yang terjadi

tetapi malang juga di sini
semakin lama dia seolah2 telah berubah hati
aku ingatkan mampu jadi teman sehidup semati
rupa2nya hanya sahabat sejati

setelah berkali2 hati dilukai
setelah berkali2 aku cuba tabahkan hati
tapi kali ini aku nekadkan diri
untuk cuba melangkah pergi
tak perlu lagi untuk diingati
tak perlu lagi untuk ditangisi

perkenalan dengannya mengajar aku pelbagai erti
agar aku sentiasa berhati2
dengan insan yang bergelar Lelaki


Nota: tiada kena mengena dengan penulis (",)

.: Akukah yang bersalah :.






Seperti biasa setiap pagi aku akan melalui Jambatan Pulau Pinang. Semalam jem teruk sebab ada kereta terbakar kat tengah2 jambatan. Hari ni jalan agak lenggang... aku as usual berada di lorong paling kanan (even paling kanan tapi takder la laju macam kat lorong kanan highway ok! Tapi kira lajulah berbanding lorong disebelah...). Bawak kete macam biasa jer. Agak2 nak sampai kat tengah2 jambatan aku nampak kenderaan2 di depan memperlahankan kenderaan sambil menekan brek. so, aku pun standby la break perlahan2.

Alih2 aku dengar bunyi brek berdecit (btul ke brek berdecit bunyinya?) Jeng jeng jeng.. bunyi tu bukannya dari kereta aku. Tapi dari van di belakang yang break mengejut kot. aku pandang2 jeling2 kat cermin pandang belakang, nampak la van tu dah terhuyung hayang kiri kanan nak control pergerakan van. Pastu part yang menariknya!!!! Ada ke patut pemandu Van tu HORN aku??? Aku ke yang bersalah kalo dia break mengejut? Nasib baik van tu xlanggar divider pembahagi jambatan tu. Lagi nasib baik sebab tak langgar kereta aku. Kalo tak... tak pasal2 jem lagi sekali kat jambatan Pulau Pinang (",)

satu belah jem sebab accident.. lagi satu belah jem sebab diorg2 memperlahankan kenderaan nak usha2 accident. Ish ish ish... Harap2 jauh la aku daripada accident2 kemalangan nih... Amin...

Sunday, October 4, 2009

.:: Berdiri seorang perindu ::.


Hari ini... tiba2 hati ini teringatkan kenangan lalu. Kenangan 5 tahun yang lepas. Kenangan apa tu? Hehehe...
Memori bersama kekasih hati. Eh silap... Bekas Kekasih hati....
Masa mula2 breakup dulu.. memamg susah jugak la... sukar nak lenyapkan semua kenangan serta memori yang pernah dicipta bersama... (",) Setelah 2 tahun.. ingatan padanya dah semakin berkurang...
Tapi kenapa sejak akhir2 ini... ingatan padanya muncul kembali???

Adakah kerana dia? fizikal yang lebih kurang sama... minat yang sama... kebolehan yang serupa...
Manisnya kenangan lalu...

Sikap mu meremukkan hati
Sengaja kau kenang lagi
Kisah menyentuh hati gelisah diri ini
Adakah ku diuji

Kasih ku yang terlalu dalam
Usahlah dipersendakan
Sabar dan kejujuran jadi akar cinta
Agar kita bahagia

Berdiri aku di sini
Bukan untuk seketika
Berdiri aku sebagai perindu
Meski pun jiwa ku sedih
Terasa bagai dihiris
Namun ku tersenyum selalu
Ku sentiasa beri kesempatan
Semoga ada ruang kemesraan

Kita yang punya perasaan
Terkadang rasa terkilan
Janganlah dikeruhkan
Kasih yang sedang tenang
Kerana ku merindu

Tetapi... Semanis mana pun kenangan itu... Tak mungkin akan terulang... usah dibimbang... yang dulu kenangan pada masa kini... dan yang kini juga akan jadi kenangan pada masa hadapan... 

Friday, October 2, 2009

.: cinta kecewa bersaing simpati :.


Hidup umpama roda
terkadang di atas
terkadang di bawah
Begitu jugalah
dengan kehidupan kita
terkadang senang
dan terkadang susah
juga dengan perasaan kita
terkadang gembira
terkadang duka
terkadang bahagia
terkadang kecewa

Dalam hidup ini
cinta bukanlah semata2 yang perlu dikejar
ianya akan datang bila tiba masanya
dan bila ia pergi
tak perlu menuding jari
tak perlu nak menagih simpati
jika engkau sendiri tak mengerti apa yang terjadi

kekecewaan akan datang dan pergi.Tidak ada yang kekal.bagaikan awan mendung... akan berarak pergi dan selepas itu akan muncul cahaya matahari yang akan menyinari keseluruhan kehidupan kita... semoga ketabahan tetap ada dalam diri kita.kebahagiaan pasti akan menjelma!!! InsyaAllah...

Kenapa??? Mengapa???

KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
-Surah Al-Baqarah ayat 216

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

so... apa lagi yang mampu dilakukan melainkan bersabar... kerana setiap apa yang berlaku pasti ada rahmatnya. dan bersyukurlah kerana kita cukup kuat untuk diuji sehebat ini.

A special poem for all of my friends...


Be my forever friend.....

I see you, whisper of my heart,
Do you see me today
Would you be my forever friend
And stay with me always.
I hope we can laugh and cry,
Never to have a reason why,
I pray God will create a rainbow in our sky.
So we see colors of hope that pass by.
If I could make a garden
Where we can spend our days,
And hear the birds sing up above
To our God in praise.
Never growing old, to stay just as we are
God gave us love and a bright new star,
I see you, do you see me
Forever with God, we will live in harmony.