Friday, October 23, 2009

sampainya Hatimu..

Malas bebenor aku nak buat keje di hari2 Jumaat nih. Lambatnya time rehat nak menjelma... Aku dah sediakan plan nak pergi buat pelaburan di Giant Shah Alam nih (",)

sementara menunggu tika dan masa... entah kenapa tiba2 aku terlayan jiwang. Mungkin kesan dari aktiviti malam tadi kot! (Aktiviti tak berapa sihat di Alamanda) Hehehe... so, ini lah hasil jiwangan (ada ke perkataan nih?) ku. Layan je lah erkk...


 ni bukan gambar kaki orang yang melangkah pergi tu tau!
Benarlah bagai yang dimimpi
Engkau yang kupuja akhirnya melangkah pergi
Tinggalkan aku sendiri
Menjalani hidup ini
Tanpa hadirnya dikau di sisi
Hanya sepi yang menemani
Bersama sunyi yang menghimpit diri
Aku cuba tabahkan hati
Daripada disakiti lagi
Pengajaran yang dapat aku pelajari
Mungkin jua untuk korang semua fahami
Janganlah diperjudikan hati
Untuk sesuatu yang belum pasti
Kerna peritnya tidak terperi

Note : kepada cheqNa, terima kasih belanja makan 2 hari berturut2. Lain kali boleh belanja lagi!hehehe

4 comments:

cheqna said...

engkau kan..kalau bab jiwang..
perghhhhh....kalah azwan ali..hahaha
no hal beb..
nanti aku belanja utk aktiviti yg tidak sihat itu ye...
next month ok..

purnama tetap di hati said...

salam tuan umah.... pergh...leh tahan juga jiwangnya...hehehe..salam perkenalan dr saya...

Afzan said...

CheqNa : setakat azwan ali.. senang je nak kalah kan.

azwan ali xmarahkan aku buat statement camtu! Hehehe

Afzan said...

Purnama :

Wsalam... Sesekali jer terlayan jiwang. ikut mood dan keadaan (",)

Salam perkenalan. Terima kasih sudi singgah teratak sy niih Hehehe...