Tuesday, October 20, 2009

Percutian ke Terengganu

Seperti yang telah dimaklumkan dalam entry yang lalu, antara tujuan aku balik kampung adalah menghadiri majlis pernikahan noG and Nizam. Insan2 yang terlibat dalam aktiviti ini tentunya akue, Nana, Farah, Mcna, Memey, Zati, Eifa, Ida, Fiza dan Raja.

Korang usha2 je la gambar yang ada erk! Banyak sangat baca blog2 orang sampaikan dah tak reti nak mengarang... Hahaha...
 

Sempat lagi kitorg berposing2 disebabkan kitorg lah yang pertama sampai. Ya! Ya! Yang berseluar tu memang lelaki and dia lah satu2nya lelaki yang join aktiviti kali nih (",)


Ini lah Pengantin perempuan... time ni dia baru sampai and on de way nak join kitorg lepak2 borak2 sambil menunggu pihak lelaki sampai.



Farah sedang tekun menerangkan makna corak2 inai di tangan pengantin. Pengantin plak buat2 lupa psl makeup di muka. Bersembang tak hingat dah...


Dah namanya pengapit mestilah berkepit je disebelah kan? HeheHe...

Duit mas kahwin di tangan aku! Agak2 kalo aku ciluk sehelai dua mesti takder orang perasan nih!!!
( tapi aku tak ciluk tau)




 
  Dah selamat bergelar isteri. Muka pun dah terlebih seri dah (",)



Lawanya kek... upacara memotong kek dimulakan sebaik sahaja selesai bersanding. Selesai bersanding bermaksud tugas aku sebagai pengapit dah berakhir. Kawan2 dah menunggu masa untuk pulang... tak dapat lah aku nak merasa kek lawa yang macam best tu. Aktiviti lepas ni adalah shopping di Pasar Besar Kedai Payang (betul ke namanya erkk! aku pun tak sure)
Tapi sebelum balik sempat lagi kitorang mengabadikan potret indah (indah kerr) bersama2 pengantin (",)

Kepada Nog (kak noG sebenarnya) dan Nizam (tapi bukan abang Nizam),  
SELAMAT PENGANTIN BARU
 semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya... AMIN... 

Note : Hadiah2 yang kitorg kasi jangan lupa guna tau!!! He He He (gelak macam dalam iklan ubat gigi fresh n white)

2 comments:

cheqna said...

woi weh

percutian ke Terengganu???

aku macam musykil je...

mung ni bukan org ganu ke??

ke aku yang bukan org ganu???

poyos..nyampah..huhuhu

Afzan said...

Xder Na....
Tajuk Entry aku nih bagi pihak 7 rakan2 yg lain yang bukan orang Terengganu.

Hahahaha...