Tuesday, September 15, 2009

Hujung minggu yang memenatkan (^_^)

Aktiviti shopping untuk raya dah bermula. hari Sabtu shopping kat Jusco Seberang Prai. bukan main lama spend masa kat situ tapi hanya mampu beli kemeja untuk ayah n sandle untuk mak.



banyak lagi benda yang tak jumpa :( Sabtu malam pun sambung pergi Megamall Penang. Tapi salah time la plak. Dah la pergi lambat, pastu sesat plak nak carik Nagoya. Pastu bila dah sampai Nagoya, baru nak membelek2 kain. minachi kat situ dah sound dr jauh "Cepat skit dik. Dah nak tutup nih"
takder ciri2 jurujual yang bagus langsung! masa tu dekat2 ngan jam 9.30 malam.
Kitorg terus letak semula kain then BLAAAAAAAHHHHHH

Takder sebarang hasil dari Megamall. so, balik umah then sambung aktiviti seni menjahit Manik.




Ahad teruskan pencarian di Tesco Extra (sbb kat sini ada Nagoya). Tapi hasil yg aku dapat hanya sandle. Oleh kerana mcNa tak jumpa lagi baru melayu utk ayah dia n baju kurung utk mak dia, so kitorang singgah kat expo sebelah tesco. takder banyak sangat pilihan. so kat sini pun pencarian yang sia2.

Kami teruskan perjalanan ke Sunway Carnival Mall. Singgah parkson then beli bekas letak kuih raya.kul 6.30 petang baru boleh pergi bazar untuk beli makanan. Penatnya kakiiiiiii... tak larat dah nak berjalan. Lepas berbuka sambung semula menjahit manik.

1 comment:

Daya said...

pandai jahit manik yer...
cantik....
sini tak der tempat nak shopping baju raya ;(
kena g IPOH ler jawab nyer...