Friday, February 12, 2010

Sungguh tidak mendamaikan

Pagi yang sungguh tidak mendamaikan. Pepagi nak pergi kerja (hari ni pergi kerja awal sebab nak balik awal), tiba-tiba dapat mesej mengatakan kaunter SPOC tak ok. Detail kepada terms 'tak ok' tu tak diberitahu plak.
Maka berkejaran lah aku dijalan raya sambil sebelah tangan menekan-nekan button henset.

Bertambah bengang bila individu yang ditelefon langsung tak jawab call. Ingat aku saja-saja telefon nak buat lawak ke? Solutionnya aku hantar pesan kat kawan utk khabarkan (gtalk) kepada induvidu tersebut utk angkat call. (Kalau rasa tak nak angkat call baik tak payah pakai telefon)

Selepas menciluk2 di jalan raya sambil menyumpah2 individu yang bawak kereta macam jalan tu diorang yang punya + macam nak pergi bersiar2 + macam orang baru belajar bawak kete yang belum dapat lesen L, akhirnya aku sampai ke PTG. Terus on laptop and check log error. On laptop maksudnya on gtalk. maka berduyun2 la msg gtalk yang muncul kat skrin laptop ku ini.

Antaranya yang memberi arahan buat 'itu',buat 'ini' dan bertanya itu dan ini. Sebagai pekerja berdedikasi (walaupun aku tak berapa berdedikasi hari ni) aku pun buat la sebagaimana yang diarahkan. Tapi arahan demi arahan yang diterima menyebabkan ada masalah yang perlu diselesaikan sblm balik nanti. Siap dapat soalan 'So Afzan, Moral of the story ari ni apa dia?'

Dengan selambanya aku jawab
'ermmm bagi arahan biar lengkap kot dengan source2nya sekali
and ada terms... sy yang menurut perintah'  
full stop! aku tutup gtalk then aku p lepas geram kat tingkat 6 Komtar. Nasi tomato dia best ari ni... yum yum yummy!!!

note1: akukah yang bersalah?
note2: Kan aku dah bagitau ari ni aku nak blah awal. Jauh lagi perjalanan nak meredah gunung ganang... jangan ngada2 nak bagi task untuk settlekan hari!


update: cancel balik. Tahun depan aku minta cuti awal2 utk balik kg.

4 comments:

cheqna said...

siang sungguh la saing aku ni

selamat balik la neh

Afzan said...

jap aku update sikit lagi Na...

cheqna said...

yweh...dok jadi balik ke???

Afzan said...

Balik la Na... balik dengan perasaan bengang sampai ke ari ni x settle2 lagi nih...