Wednesday, February 17, 2010

Mangsa buli


Apa itu 'buli'

Masyarakat memahami tabiat buli di tempat kerja sebagai 'satu tindakan berulang yang tidak munasabah ditujukan kepada pekerja yang menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan atau keselamatan'

"Terdapat beberapa jenis buli. Antaranya kata-kata pedas atau kesat, tindakan meminggirkan pekerja, menyuruh pekerja berbuat kerja yang tidak bersangkut-paut dengan bidang tugas serta gangguan psikologi."

"Tindakan buli yang lain ialah memberikan tugas yang memang tidak boleh dilaksanakan, sengaja menukar jadual kerja tanpa sebab selain untuk menyusahkan petugas dan sengaja menyembunyikan maklumat bagi menghalang atau menyusahkan petugas melaksanakan tugasan,"

Bagi yang melakukan buli mereka mungkin berasa seronok melakukannya dan tiada rasa penyesalan akan timbul. Malangnya mangsa buli mungkin akan melakukan perkara sedemikian sebagai 'membalas dendam' terhadap orang lain pula.

Buli di tempat kerja bukan sahaja berkenaan masalah kerja tetapi boleh juga dalam bentuk kata-kata kurang manis menyentuh hal peribadi seperti keluarga, gaya hidup, bentuk dan berat badan, pakaian serta penampilan.

Senjata utama ialah hanya dengan 'membuat tidak tahu atau tidak kisah'.

Note : Tapi aku kisahhh.. 

No comments: