Thursday, January 21, 2010

Adnan Sempit

Salam...

Jika malam2 sebelum ni.. sebelum tidur aku akan layan movie or tv series kat laptop. Tapi malam tadi aku and the gang (housemate) pergi tengok wayang. sebelum ni punya lah susah nak cari gang yang nak join tengok movie ni. Takut tak best la... cerita melayu layan cd je lah... banyak punya alasan. Nasib baik akhirnya terkesan jugak dengan pujukan aku. Asalnya 5 orang yang nak join. Tapi tiba2 ada seorang yang cancel. tapi... memang rugi lah dia tak ikut sebab cerita yang kami tengok nih memang menarik. Nak tahu cerita apa?

'i don't want banana fruits 2 times' maksudnya aku tak mahu pisang berbuah dua kali.
ungkapan dari cerita Adnan Sempit. Memang sengal...

Jalan cerita biasa tapi lawaknya yang luar biasa. Dari awal cerita (takder la awal sangat) hanya selepas dia start motor and hingga ke penghujungnya.. memang sentiasa ada yang membuatkan penonton ketawa. Sampai berbahak2 (ketawa terbahak2 ke erk?) dan ada yang sampai terhentak2 kaki.

Bagi aku cerita ni memang sempoi tapi best sangatt!!! Tak caya? Pergi tengok sendiri! Tak rugi punya lah...
mesti dalam hati ada taman (",)

No comments: