Tuesday, October 26, 2010

.... rasa sepi tanpa cintamu

Cinta pertama memang sukar untuk dilupakan... biar pun cinta itu hanya cinta yang singgah semasa darjah lima (",) walaupun cinta itu hanya cinta melalui helaian surat dan jelingan mata... Memori terindah, nyanyian Sepi Tanpa Cinta.

 Alam sekolah menengah datang untuk memisahkan... Tiada lagi bersua muka... yang tinggal hanya bicara sekali sekala melalui telefon. Setelah 3 tahun terpisah dan 2 tahun terputus hubungan, akhirnya bertemu jua di daerah yang sama. Tapi sayang... masa merubah seseorang. Rindu.. tapi tak mampu untuk diluahkan.

Akhirnya masing-masing dengan haluan sendiri. Dia masih di daerah itu. Sedangkan di sini jauh merantau. Walau berjumpa dengan cinta yang lain namun ingatan padanya tak pernah hilang. Akhirnya perkhabaran sampai... tentang pernikahannya! Pasrah... dia milik insan lain.

Kini, 4 tahun telah berlalu. Memang dah tak terlintas di fikiran. tetapi kenapa perlu hadir di dalam mimpi? Mengganggu ketenteraman seharian. Adakah kerna masih ada sisa-sisa sayang atau kerna rindu yang tak kesampaian.

"Saya tak sentuh awak sebab saya ikhlas kawan dengan awak"

2 comments:

cheqna said...

beb..
ko masih ingat DIA ke???

Afzan said...

huhuhu... Bukan aku ingat Na...

Mimpi yang mengingatkan aku... Selalu!!!