Wednesday, September 22, 2010

Selamat Pengantin Baru Kawan...

Rasanya belum terlambat untuk ucapan Selamat Hari Raya walaupun kat tajuk letak Selamat Pengantin Baru Kawan (",)

Tadi berfb sekejap dengan kawan lama kemudian beralih kepada bertelefon. sudah lama tak dengar suara katanya...sedang enak2 berborak dia bagitau yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya... Aku yang memang dah cukup arif dengan perangainya... off course la aku anggapkan semua tu gurauan semata2. secubit pun aku tak percaya...

Tapi dia beria-ria menyakinkan aku bahawa dia memang betul-betul akan berkahwin pada 10/10/10 nih.
Sehingga perbualan berakhir pun aku masih lagi tidak percaya... cek nama di kad yang ditag di fb memang dah betul dah nama dia berserta nama ayahnya sekali...tapi macam sukar untuk dipercayai...

Akhirnya aku sms alamat rumah dengan pesanan... 'selagi tak tengok kad selagi itu aku tak percaya'.
Apa-apa pun, jika benar apa yang dikata...semoga Kawan akan temui kebahagian yang selama ini Kawan cari.

Kepada Sahabatku, semoga kau tabah. semoga kau juga bakal temui kebahagiaanmu sendiri aku sentiasa ada di sini. mesti pun bukan di sebelahmu tapi tetap di sini walau tanpa berita.. tapi dalam diam masih mengingatimu...

2 comments:

cheqna said...

yang pasti bukan aku kan???

Afzan said...

hehehe... u think?