Tuesday, October 7, 2008

Thinking of You

Teman, bukannya mudah untukku melafazkan
terlalu payah untukku membicarakan
tapi aku tahu ianya akan tersimpan jauh
menyusun setiap celah impian

Teman, bukan ku pinta perasaan itu hadir
kerana sudah tertulis
munculnya tanpa diundang
membuat diri ini tidak keruan

Teman, mulanya sukar untukku memahami
apa yang terselindung disebaliknya ini
namun, aku terus tetap menanti
rupanya diri ini sudah jatuh hati

pada insan yang tak mampu kumiliki
biarlah coretan ini yang menjadi sandaran
untuk aku meluahkan segala yang terpendam
hanya dengan tulisan dapat kuluahkan perasaan
bahawa…
dalam diam aku …………

No comments: