Wednesday, July 30, 2008

. perihal LELAKI .


Di alam semester ini terdapat pelbagai makhluk ciptaan tuhan yang sama-sama hidup yang terdiri daripada manusia,haiwan dan tumbuhan.Manusia pula terbahagi kepada dua jantina iaitu lelaki dan perempuan.Kita tidak haruslah melanggar fitrah.Jika kita dilahirkan sebagai lelaki,seharusnya kita perlu menjaga fitrah sebagai lelaki dan begitulah sebaliknya.

Lelaki menurut pandangan Islam adalah merupakan pemimpin kepada perempuan-perempuan,kanak-kanak lelaki mahupun perempuan.Tanggungjawab sebagai lelaki amatlah berat.Lebih-lebih lagi seorang lelaki bergelar suami.Ini kerana tanggungjawabnya terhadap amalan dan perlakuan isterinya malah anak-anak.

Kematangan lelaki adalah bergantung kepada tahap pemikirannya.Kebiasaannya lelaki dianggap baligh ataupun matang apabila mencecah usia 14-16 tahun.Namun begitu,usia ini juga bergantung kepada keadaan sekeliling lelaki itu.Memang benar,Sekiranya lelaki(remaja) berada di situasi di mana dia telah di beri kebebasan yang mempunyai tahap tertentu maka dia pastinya mencapai tahap kematangan/baligh lebih cepat berbanding dengan remaja yang tidak diberi pendedahan anasir luar.Ini merupakan pengalaman yang berguna bagi remaja di mana seseorang remaja lelaki itu diberikan kebebasan oleh ibubapanya akan lebih cepat berfikir secara rasional.

No comments: