Tuesday, September 28, 2010

Aku sedang putus cinta


Now i feel like aku sedang putus cinta. Entah mengapa..Perasaan yang sukar dinyatakan dengan kata-kata tapi seolah-oleh sedang berdepan dengan situasi di mana sedang menelefon boyfriend then he simply answered with 'nanti abang call semula'.

Hati pulak terus terfikir-fikir... Kenapa kena call semula? Kenapa tak boleh terus cakap jer? Pastu mulalah berfikir yang bukan-bukan seperti dia tengah buat apa tu? dia tengah keluar makan-makan jalan-jalan dengan X-girlfriend kat Mines ke?  Lagi akan fikir bukan-bukan bila after that, call pun dah masuk voicemail dah.

Agak-agak dengan situasi yang macam nih... apa sebenarnya yang patut kita rasa. Tentu wujud perasaan berdebar-debar coz takut apa yang difikir jadi kenyataan sebab gerak hati perempuan biasanya betul. Berdebar sedebar debarnya sampaikan dah tak dapat berfikir. Keliru sama ada perlu menangis, sedih, kecewa, sakit hati atau pun nak berlagak seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Tak suka rasa macam ni. Betul-betul rasa macam tengah putus cinta. Nak buat kerja pun malas. Yang ada sekarang cuma rasa nak kembali ke zaman persekolahan, zaman matrik then zaman universiti. Kembali bersama kawan-kawan.. ubah sedikit sebanyak kisah silam yang mendukacitakan... lebih berani lebih berkeyakinan serta yang paling penting...lebih berfikir tentang masa depan yang lebih panjang daripada masa itu yang bakal ditinggalkan.

Wednesday, September 22, 2010

Selamat Pengantin Baru Kawan...

Rasanya belum terlambat untuk ucapan Selamat Hari Raya walaupun kat tajuk letak Selamat Pengantin Baru Kawan (",)

Tadi berfb sekejap dengan kawan lama kemudian beralih kepada bertelefon. sudah lama tak dengar suara katanya...sedang enak2 berborak dia bagitau yang dia bakal menamatkan zaman bujangnya... Aku yang memang dah cukup arif dengan perangainya... off course la aku anggapkan semua tu gurauan semata2. secubit pun aku tak percaya...

Tapi dia beria-ria menyakinkan aku bahawa dia memang betul-betul akan berkahwin pada 10/10/10 nih.
Sehingga perbualan berakhir pun aku masih lagi tidak percaya... cek nama di kad yang ditag di fb memang dah betul dah nama dia berserta nama ayahnya sekali...tapi macam sukar untuk dipercayai...

Akhirnya aku sms alamat rumah dengan pesanan... 'selagi tak tengok kad selagi itu aku tak percaya'.
Apa-apa pun, jika benar apa yang dikata...semoga Kawan akan temui kebahagian yang selama ini Kawan cari.

Kepada Sahabatku, semoga kau tabah. semoga kau juga bakal temui kebahagiaanmu sendiri aku sentiasa ada di sini. mesti pun bukan di sebelahmu tapi tetap di sini walau tanpa berita.. tapi dalam diam masih mengingatimu...

Sunday, September 19, 2010

Hantaran Pertunangan

Abang yang selama ni macam tak berapa nak ada hati untuk kahwin akhirnya selamat melangsungkan pertunangan pada 14 Sept yang lepas. Dan tugas untuk membuat segala hantaran tentulah jatuh ke bahuku.

Dengan notis seminggu sebelum majlis... Maka ini sahaja hasil tangan yang berjaya dihasilkan..

Gubahan sireh yang malas untuk dikilatkan.
Gubahan cincin beserta bunga rampai
Gubahan paling malas - Sejadah
 Gubahan untuk Telekung. Penat nak sorok lebihan-lebihan kain.
Rupa gubahan Kain Sutera bila digubah pada pagi hari pertunangan.
hantaran Kuih muih tradisi Terengganu
hantaran Buah-buahan

Cukup 7 dulang dan dibalas 7 dulang jugak oleh pihak perempuan.
bekas cincin kosong sebab cincin dah tersarung di jari abang. Gembira dia hari tu. Senyum meleret jer.. dan tak habis-habis tayang cincin di jari. 

Selamat Bertunang untuk satu2nya abangku (",)

Monday, May 31, 2010

Aku punya cuti kan?

Salah ke kalau aku ambik cuti?

Wednesday, March 24, 2010

Dengki sangat ni kenapa?

Masuk hari nih dah 6 notis korang tampal kat bilik ni kan? Notis dilarang makan dan minum. (korang yang siap berparty tu takper plak) Bukannya kitorang makan pastu buang sampah merata2 pun. Pandai je kitorang buang sampah ke dalam tong sampah.

Lagi satu yang aku pelik kenapa korang ni sibuk sangat pasal waktu kerja kitorang. Tau ah korang ada punch card. Tak leh nak datang lambat. Kitorang flexible... datang awal balik la awal... datang lewat balik la lewat... Sibuk je korang nak mengadu sana sini...

Pakaian pun jadi hal kat korang kan? kitorang pakai seluar siap mengadu kat pihak atas bagitau yang tidak dibenarkan sesiapa pakai seluar (perempuan saje tau). Bila dah pakai baju kurung sibuk pulak pasal baju seragam erk? Sibuk la management buatkan kemeja untuk kitorang semata2 nak puaskan hati korang. Lepas nih kitorang pakai kemeja dengan seluar.. jangan bising plak yer!!!

Tapi kitorang ni baik... dah macam tu perangai hasad dengki korang pun kitorang still lagi nak buat baik. Still beri tunjuk ajar pada apa-apa yang korang TAK RETI-RETI and still nak invite korang untuk perlawanan bowling persahabatan... sahabat la sangat korang ni. Lebih pada kawan makan kawan and  tikam dari belakang ada la...