Showing posts with label Hiburan Hati. Show all posts
Showing posts with label Hiburan Hati. Show all posts

Thursday, October 15, 2009

lawak hari ini...

Pada suatu hari, ada seorang pemuda sedang mengecat bangunan yang tinggi, pada ketika itu dia sedang mengecat bahagian luat tingkat 24. Biasalah dia berdiri atas papan dua keping aje. Tiba-tiba ade sorang kawan tu menjerit dari dalam bangunan

" Ali, anak engkau cedera parah kene langgar kereta". Pemuda tu terkejut beruk mendengar anaknye kene langgar kereta. Sebagai bapa yang sangat menyayangi anak, dia jadi panik. Ape lagi dia pun terus melompat turun dari papan tu. Malangnye dia melompat bukan kedalam bangunan tapi kearah luar bangunan. Apa lagi, terus jatuh kebawah ler. Jatuh dari tingkat 24, mau tak matinya. Pemuda tu terkejut besar kerana tersalah lompat, tapi sekarang dia ada masa sikit nak taubat, kerana dah tau tak lama lagi dia akan mati berkecai. Bila sampai kebawah pasti badannye hancur berderai. 

Terlalu sedih dia ketika itu. Dahlah tak dapat jumpa anaknya tersayang, dia sendiri pun akan mati kejap lagi.
Pasti bertambah sedih isterinye nanti. Tiba-tiba waktu badannye tengah laju menjunam kebawah, baru dia teringat yang dia belum ada anak lagi. Bila dah sampai tingkat sepuluh, teringat lagi satu perkara, yang dia belum pun kawin lagi. Dan apabila dah nak sampai ketanah, baru dia teringat yang nama dia pun bukannye Ali......tapi Bedul. Maka matilah si Bedul hanya kerana terkejut pasal anak orang lain kena langgar.


Thursday, October 9, 2008

Lawak yg aku jumpa

LINTAS JALAN


Radhi dan Khalid, dua orang anggota polis yang baru bertugas membuatrondaan
di suatu kawasan yang agak terpencil. tengah syok berboraktentang kerja,
tiba-tiba mereka terlihat ada seorang budak lelakimenangis di tepi jalan.
lalu mereka memberhentikan kereta berdekatandengan budak tadi.
"Fasal apa adik menangis" , tanya Radhi.
"Bagitaulah kat abang kalau-kalau abang boleh tolong" ,pujuk Khalid pulak.
Sambil teresak-esak budak tu berkata "Tadi sebelum saya keluar makdah pesan. kalau nak melintas jalan
tunggu kereta lalu dulu. masalahnyadari tadi sampai sekarang tiada sebuah kereta
pon yang lalu. Motorburuk ada laa..".
Mendengar penjelasan budak tadi,
radhi dan khalid hanya menggelengkan kepala. tak tau aper nak explain kat budak tue …