Showing posts with label its Me. Show all posts
Showing posts with label its Me. Show all posts

Thursday, February 25, 2010

.: amrilamim :.

Aku wanita yang punya cinta di hati
Dan dirimu dan dirinya dalam hidupku
Mengapa terlambat cintamu telah termiliki
Sedang diriku dengan dia tak begitu cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta
Atas nama cinta
Hati ini tak mungkin terbagi
Sampai nanti bila aku mati
Cinta ini hanya untuk engkau
Atas nama cinta
Kurelakan jalanku merana
Asal engkau akhirnya denganku
Kubersumpah atas nama cinta
Mengapa yang lain bisa
Mendua dengan mudahnya
Namun kita terbelenggu
Dalam ikatan tanpa cinta

Lirik lagu ni memang sungguh beerti. setiap kali dengar lagu ni mesti teringatkan dia. Rindu pulak dah lama tak jumpa. Dengar lagu nih... teringat pada ceritanya.. dengar suara nubhan teringat pada suaranya dan lihat wajah nubhan... teringat jugak pada wajahnya.

Kepada dia... yang akan melangsungkan perkahwinan di Johor pada hujung minggu nih... SELAMAT PENGANTIN BARU. Semoga kekal bahagia hingga ke akhirnya. (walaupun terkilan tapi ikhlas tau ucapan nih) Hehehe...

Bukan terkilan kerana dia bakal kahwin tapi.... terkilan sebab tak dapat hadirkan diri. Kerana aku sendiri mempunyai tugasan yang tak dapat dielakkan di Kuala Lumpur.

Wednesday, November 25, 2009

Kesabaran...

Hari ni hari yang membengangkan aku. Sesuai dengan itu... aku ingin menulis sesuatu tentang kesabaran dan seangkatan dengannya. Semuanya aku petik dari kata2 orang. Hehehe...


Saat marah, hitunglah sampai sepuluh sebelum Anda berbicara. Jika Anda sangat marah, hitunglah sampai seratus. – Thomas Jefferson

Kebahagiaan tidak mungkin terjadi tanpa didukung oleh ketabahan. - Alain

Jalan menuju pikiran seseorang adalah melalui hatinya. - Peribahasa Amerika
 

Tuesday, November 24, 2009

Kisah mereka...

Jam tepat menunjukkan pada angka 5.57 PM. Semua urusanku hari ni dah selesai. Jadi, aku pun menggodek2 gambar yang ada dalam laptopku. Tiba2 terpampang la satu gambar ni... lantas mengingatkan aku pada satu peristiwa.

Nak tahu apa kisahnya??

Aku ada seorang kawan (din) yang berminat untuk berkenalan dengan kawanku (lin). First time jumpa dalam jangka masa yang singkat disebabkan kami (aku dan din) ada urusan lain lagi selepas tu.

Balik dari rumah Lin, Din terus suarakan hasrat hatinya untuk menghadiahkan sesuatu kepada Lin sebagai tanda perkenalan. Aku ok kan jer... SO, lepas dah settle semua urusan, kitorang pun pergilah mencari hadiah yang telah dikenalpasti itu. dan hadiahnya adalah :


 Kotak kerongsang ni nampak macam tak berapa nak lawa sebab kotak tu dijual berasingan and memang dah takder pilihan yang lain. (elergik btul aku ngan perkataan pilihan tuh hehehe..)

Tapi kan... bila aku nampak kerongsang nih.. aku lebih teringatkan pengakhiran kisah mereka berbanding permulaannya. Susah kan... bila terlalu banyak pilihan...
Apa2 pun semoga pengakhiran kisah mereka baik2 belaka walaupun mereka bukanlah bersama...

Wednesday, November 18, 2009

Just an Option

Situasi 1 

Girl      : Saya nak tahu seseuatu boleh? Kenapa awak nak kawin ngan saya erk?
Boy     : Entah! Sebab saya dah takder pilihan kot.
Girl      : Takder pilihan? Maksudnya awak bukan nak kawin ngan saya sebab awak sayang saya. Bukan sebab awak nak jadikan saya isteri awak. Tapi awak cuma nak kawin ngan saya sebab setakat nih takder perempuan lain yang suka awak! Camtu?

Boy     : Lebih kurang la...
Girl      : Pastu katalah dekat2 nak kawin or lepas kawin tiba2 awak jumpa perempuan yang awak suka.. yang awak nak jadikan isteri awak... masa tu apa yang awak akan buat?

Boy     : Entah la... benda tak berlaku lagi... sy pun tak tahu apa saya nak buat.
Girl      : Kiranya awak ni benda dah berlaku.. masa tu la baru awak fikir apa nak buat? (Sambil menahan emosi) Ok! Camni la... awak fikirlah dulu.. apa yang awak nak..apa yang sebenar2nya awak nak. Dah dapat jawapan awak bagitau saya.

Boy     : Entah la.. saya pun tak tahu apa yang saya nak.
Girl      : Awak sendiri tak tahu apa yang awak nak! Habis tu camne awak nak tahu apa yang saya nak!
Boy     : Apa yang awak nak?
Girl      : Saya nak jadi keutamaan.. bukannya pilihan.(Sambil berlalu pergi)

Sejam kemudian...

Boy     : Sayang, sy minta maaf. Saya masih sayang awak tau!
Girl      : Saya tahu awak cakap macam ni sebab awak takut nak bagitau mak ayah awak kalau kita break up kan?

Boy     : Lebih kurang laa...
Girl      : Boleh tak awak tolong fikirkan lagi sekali. Fikir yang sebetul-betulnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan yang saya je pilihan yang awak ada dan tanpa dipengaruhi oleh perasaan takut nak berterus terang dengan mak ayah awak. Boleh?

Boy     : okey...
Girl      : Ok... Terima kasih... (Melangkah pergi dengan harapan akan dapat jawapan yang sebenar2nya jawapan dari Boy)

Situasi 2

Lelaki itu tahu apa yang dia inginkan. Perempuan macam mana yang dia mahu jadikan isteri. dan perkenalannya dengan ramai perempuan menyebabkan dia mendapat banyak pilihan. Tapi di antara semuanya hanya seorang yang dilihat sesuai dengan dirinya dan keluarga. Cuma masalahnya dia terlalu mencari kesempurnaan. walaupun baginya perempuan ini hanya kurang pada 1 perkara, perempuan ini tetap hanya mampu jadi kawan biasa.

Perempuan ini terlalu menyayangi lelaki itu. Setelah banyak kali mencuba... berusaha untuk memenangi hati tetapi sia -sia jua. Akhirnya perempuan ini mengetahui bahawa dia hanya pilihan terakhir yang hanya akan di pilih apabila tiba penamatnya lelaki itu masih belum bertemu dengan pilihan hati yang sempurna baginya. Akhirnya perempuan ini mengambil langkah berlalu pergi...


Dont make someone a priority in your life if you are just an option in theirs.

Persoalannya : Betul ke tindakan mereka tu erk?

Monday, November 16, 2009

Kesal



Berulang kali ku cuba mengerti
Namun kau tak pernah untuk menyedari
Walaupun akhirnya semua kan berlalu
Hadapi kenyataan
Biarpun penuh berduri
Harusku hadapi
Tuk sejenak diri lupakan problema
Agar lepas dari segala prasangka
Aku cuba berlari
Ikuti langkahku
Menyongsong matahari
Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri
Tanpa engkau lagi ingin kubuktikan semua
Bahwa diri ini bukanlah sekadar
Boneka yang dapat kau jadikan mainan
Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Harapan hidup berdua
Ternyata sia-sia
Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa
Hidupku jadinya

Friday, November 13, 2009

Hasrat terselindung ;(


Tangisan dalam senyumanku
Terlindung dari mata dan fikiranmu
Tak pernah dikau tahu
Tak pernah kau peduli
Kepedihan hati yang aku alami

Kau hanya ingin ku turuti
Setiap gerak jari telunjukmu
Sedangkan aku jua punya hasrat punya rasa
Tetapi tidak mampu tuk bersuara

Sesekali aku ingin dihargai
Janganlah aku diletakkan ketepi
Sesekali aku ingin merasakan
Kemanisan cinta dalam satu genggaman

Aku mengharap kau mengerti
Menyelami yang terjadi
Apa sebenar yang terbuku dalam hati ini
Aku tidak sanggup
Meneruskan hidup begini
Di dalam sangkar yang penuh berduri

Semoga dikau memahami
Menilai perasaan tersembunyi
Dan jangan sesekali
Kau bersalah mentafsirkan
Hasrat dan keikhlasan hati ini

Thursday, November 12, 2009

Aku adalah OKK

Dulu2 aku pernah mention pasal aku dapat 7 surat cinta daripada pakcik MBSA. Pastu masa aku balik Shah Alam untuk bercuti hujung minggu + bercuci di Istana Budaya + Berdating ngan Hans... anak saudaraku (anak kakak aku) telah menghulurkan satu lagi surat.

Ingatkan surat apa.. rupa2nya surat yang jugak bercopkan MBSA. diorang hantar surat semata2 untuk bagitau promosi yang diorang buat. Promosi Potongan Bayaran Saman sebanyak 50%. Kenapa 50% jer? Dalam surat tu dinyatakan bilangan saman yang telah didaftarkan untuk kereta aku dan jumlah yang perlu aku bayar.

Walaupun 50% tapi still banyak gak kena bayar. Dah la promosi sampai hujung bulan November ni jer... Terpikir2 la jugak aku untuk membayarnya. Maka, dengan itu aku ambik keputusan untuk membuat keje2 part time di company aku. Kerjanya senang jer... Verify data yang telah di entry oleh budak2 Data Collection. Kerja selama 5 jam sehari untuk pendapatan yang lebih kurang rm100 (bersamaan dengan bayaran untuk 1 saman)

Kiranya cukupla aku keje seminggu then lepas untuk bayar saman (",) tak der la effect pada gaji.Kan? kan? kan?

Tapi... agak2 nanti2 MBSA akan buat promosi potongan sehingga 90% tak?? Kalo ada... tak payah la aku bayar sekarang kan? He... He.. He...

Nota : Pegawai Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad, berkata OKK sepatutnya mengambil peluang itu untuk membayar tunggakan bagi mengelak MBSA melaksanakan waran tangkap dan mendakwa mereka di mahkamah.

Monday, November 9, 2009

.: melarikan diri :.


Aku perlukan ketenangan hati

Aku perlu format semula memori di kepala ku ini

banyak benda yang perlu dibuang

perkara2 yang mendukacitakan, kenangan pahit, kenangan manis yang kini dah jadi pahit

Jom bercuti jalan2 cari ketenangan!

Sunday, November 1, 2009

Aku telah JATUH CINTA!!!


Indahnya rasa bila jatuh cinta. Terasa sungguh bahagia. Asyik nak tersenyum jer... bawak kereta senyum.. tengok tv senyum.. makan senyum... nak tido pun senyum. sebelum tido sah2 la berangan dulu. Indahnyaaa...

Asyik nak bercerita jer pasal dia. Sampaikan ngan anak sedara pun boleh layan bercerita pasal dia. Hehehe... Tak sabar nak balik Shah Alam minggu depan. Nak jumpa dia lagi. Rindunyaaaa...

Note : Na, ada terserlah kepoyoan tak? Hehehe...

Thursday, October 29, 2009

berbicara pada diri

Sekitar tahun 2004
(along)



Entah apa lagi yang perlu ku lakukan untuk membahagiakan mu. Entah apa lagi yang perlu ku lakukan untuk menjadi insan kesayanganmu. Dia memang bertuah tapi sayang dia tak tahu menghargai tuah yang dia dapat. Bertuah kerana disayangi sepenuh hati. Bertuah kerana menjadi insan kesayangan. Bertuah kerana keadaan. Bertuah kerana kelahiran .. tuah yang pastinya aku tiada. Dia... terlalu banyak kelebihan...

Aku... terlalu banyak kekurangan...Dia dulu pergi meninggalkan insan yang betul menyayangi diri dia. Jika suatu hari dia kembali..Apa yang harus ku lakukan.. Membiarkan atau mempertahankan... Aku yakin dengan perasaanku. Aku yakin dengan perasaanmu.Tapi... hari itu... Antara aku dan dia.. Yang mana lebih kau cinta... Itu yang aku tak pasti...

Sekitar tahun 2006
(sue)


Mengapa harus pergi andai benar kita menyayangi seseorang? Sekadar untuk membuktikan hati kita cukup baik.... Kerna sanggup berkorban... Tapi fikirkan lah... ikhlaskah kau...jujurkah kau...paling tidak pada diri engkau...

Namun... semuanya sudah terlewat.. Ianya telah lama berlalu bersama luka yang mungkin kini kian terubat...SUDAH TERLEWAT... jadi... Untuk apa kau kembali... Sedangkan kau tahu... Malah terlalu arif... Kehadiran kau bisa membuatkan hati seseorang terluka... Bisa membuatkan hati seseorang keliru... Keliru dengan perasaannya sendiri... Memilih antara dua...Seseorang yang pernah disayangi setulus hati... Tapi berlalu pergi seolah-olah diri memang tak cukup berani untuk mempertahankan cinta sendiri..Dan kini kembali bersama cerita baru yang entah benar entah palsu...

Atau seseorang yang dia tahu memang menyayangi dirinya dengan setulus hati...Sanggup berkorban untuk dirinya dan yang pastinya sanggup menunggu mempertahankan cintanya...
Untuk apa kau kembali...Untuk apa kau menjelma semula mengetuk pintu hati yang memang sudah dimiliki insan lain...Masa untuk kau telah berlalu... Kasih sayang untuk kau bukan sedikit...Tapi kau sia kan.... Dan sekarang masa untuk aku... Kenapa mesti kau ganggu?.

Sekarang
(mereka)


Bila nak dapat anak perempuan???

Tuesday, October 27, 2009

Tolong lah pergi dari hidupku!!!



Angan... pergilah dari hidupku... Jadilah kenyataan... huhuhuu

Friday, October 23, 2009

sampainya Hatimu..

Malas bebenor aku nak buat keje di hari2 Jumaat nih. Lambatnya time rehat nak menjelma... Aku dah sediakan plan nak pergi buat pelaburan di Giant Shah Alam nih (",)

sementara menunggu tika dan masa... entah kenapa tiba2 aku terlayan jiwang. Mungkin kesan dari aktiviti malam tadi kot! (Aktiviti tak berapa sihat di Alamanda) Hehehe... so, ini lah hasil jiwangan (ada ke perkataan nih?) ku. Layan je lah erkk...


 ni bukan gambar kaki orang yang melangkah pergi tu tau!
Benarlah bagai yang dimimpi
Engkau yang kupuja akhirnya melangkah pergi
Tinggalkan aku sendiri
Menjalani hidup ini
Tanpa hadirnya dikau di sisi
Hanya sepi yang menemani
Bersama sunyi yang menghimpit diri
Aku cuba tabahkan hati
Daripada disakiti lagi
Pengajaran yang dapat aku pelajari
Mungkin jua untuk korang semua fahami
Janganlah diperjudikan hati
Untuk sesuatu yang belum pasti
Kerna peritnya tidak terperi

Note : kepada cheqNa, terima kasih belanja makan 2 hari berturut2. Lain kali boleh belanja lagi!hehehe

Wednesday, October 21, 2009

"jangan letakkan sayang dulu pada dia.. sebab bila kau dah sayang dia... nanti segala keburukan dia kau dah tak nampak dah"
kerana??? semuanya telah dibutakan oleh cinta...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------



 Aku lihat engkau sebagai seorang yang hebat. Tahu ambik hati sesiapa sahaja, tahu hormat orang tua, tahu banyak benda (yang ni kau selalu banggakan), berpewatakan agak menarik, Tahu jaga tingkah laku dalam pergaulan dan tahu jaga adab sopan serta tahu jaga sembahyang. Dulu aku cukup kagum dengan kau.
Persis watak2 hero dalam novel2 cinta. Kira macam rugilah kalau tak ambik kau jadi suami.

Tapi semakin lama semakin aku sedari... kau tak ubah macam insan2 lain. Ada kelebihan dan ada kekurangannya.

Kau suka membangga diri! aku abaikan (tak per la... dah memang kau expert pasal benda tu)
Kau suka menunjuk2 tentang diri kau! aku abaikan (tak per la... dah memang kau macam tu)
Kau suka call aku sekejap pastu pesan suruh call kau semula malam nanti! aku abaikan (tak per la... dia takder kredit kot. tapi bukan ke kau pakai line?)

dan....

kau ejek nama kawan aku! aku kisah. Dah mak ayah dia bagi nama macam tu. nama dia pun elok jer.. bukan pelik pun.
mungkin kau rasa diri kau dah cukup hebat. Nama kau dah cukup 'bermakna' sampaikan kau persendakan nama 'yang bahagia'

Kau gelakkan kawan aku! aku kisah. Dah dia dilahirkan dengan kekurangan macam tu. Kejadian Allah tu. Takkan itu pun kau ada hati nak ejek.
Mungkin kau rasa kau dah cukup sempurna sampaikan kau sanggup mempersendakan sedikit kekurangan yang ada pada kawan aku.

Kini, kekaguman aku pada kau dah hilang. Kau memang manis... sweet talker sampaikan dengan semua orang kau sweet talk. Aku pun dah tak tau dah nak bezakan mana satu yang kau betul2 maksudkan!

kepada Kau: sesekali muhasabah lah diri. "Cukup sempurnakah aku? "

Friday, October 16, 2009

.: Bila tiada lagi cinta di HATI :.


Pernahkah korang rasa di hati korang sudah tiada rasa cinta. memang la korang semua sayangkan family... kawan2... tapi bukan ini yang aku maksudkan. dis is Love for someone yang korang angankan akan jadi pasangan hidup korang.

Agak2 apa rasanya bila dah tiada cinta dalam hati kita erk! Rasa kosong? rasa keseorangan? rasa kesunyian?
kenapa semua ini berlaku?

maybe kerana setelah semua harapan dan impian di bina... Yer la sebelum  ni bukan main susah payah lagi kita nak suka/sayang/cintakan seseorang. so, bila dah sayang tu... giler2 la punya sayangnya. lautan api sanggup direnangi, hujan panas sanggup diredahi. alih2 kasih putus di tengah jalan. Hancur berkecai semua angan2.

Mungkin jugak kerana suasana or rasa hangatnya bercinta tu  dah takder. Semua rasa tu dah hilang bersama peredaran masa. Hilang kerana terlalu bosan and terlalu kecewa dengan pasangan. Tak semestinya kecewa sebab si dia dah beralih arah. tapi mungkin juga kecewa dengan sikap dan perangai pasangan yang semakin lama semakin tak menepati piawaian hidup kita. atau juga kerana semakin lama semakin tiada persefahaman antara kita.

Bosannya bila rasa cinta itu dah tiada. what ever happened, happened! just go with the flow. itu je yang mampu dilakukan... kot! jadi, kepada sesiapa yang masih ada rasa cinta... bersyukurlah... biarpun cinta itu berbalas atau tidak, biarpun rasa cinta itu menyusahkan.. atau biarpun korang selalu diduga kerana cinta... sekurang2nya rasa CINTA itu masih ada di hati korang2 semua.

Friday, October 2, 2009

A special poem for all of my friends...


Be my forever friend.....

I see you, whisper of my heart,
Do you see me today
Would you be my forever friend
And stay with me always.
I hope we can laugh and cry,
Never to have a reason why,
I pray God will create a rainbow in our sky.
So we see colors of hope that pass by.
If I could make a garden
Where we can spend our days,
And hear the birds sing up above
To our God in praise.
Never growing old, to stay just as we are
God gave us love and a bright new star,
I see you, do you see me
Forever with God, we will live in harmony.

Wednesday, September 23, 2009

You're one in a million


How did i get here
I turned around and there you where
Didn't think twice or rationalize
Cause somehow i knew
That there was more that just chemistry
I mean i knew you were kind of into me
But i figured it's too good to be true
I said pinch me, where´s the catch this time
Can't find a single cloud in the sky
Help me before i get use to this guy

They say that good things take time
But really great things happen in a blink Of an eye
Thought the chances to meet somebody
Like you were a million to one
i can't believe it
You're one in a million
All this time i was looking for love
Tryin' to make things work that weren't good Enough
Till i thought i´m through, said i'm done
Then stumbled into the arms of the one

You're making me laugh about the silliest Stuff
Say that i'm your diamond in the rought
When i'm mad at you
You come with your Velvet Touch

Can't believe that i'm so lucky
I have never felt so happy
Everytime i see that sparkle in your eyes
i can't believe it
you're one in a million

Mimpi di siang hari (",)


Kenangan bersamamu kasih
Seumpama mimpi di dalam mimpi
Terasa engkau di sisi
Menemaniku saban hari

Pabila kupejamkan mata
Akan terasa hangatnya asmara
Walaupun sekian lama
Telah terpadam cinta kita

Luka yang tak terasa
Mengalair darah yang tak berwarna
Bagai jeritan tanpa
Suara

Tangisan dalam ketawa
Sedu sedan menjadi syair cinta
Terasa ingin ku sentuh
Bayanganmu

Walau hanya seketika cuma
Agar hilang rindu dan dahaga
Agar pulih semangat kasih dan mesra
Seperti baru kenal cinta

Kenangan bersamamu kasih
Membakar gedung fikiranku kini
Terasa hidupku ini
Umpama mimpi dalam mimpi

Wednesday, September 16, 2009

Balik Kampunggggg

Hari nih ari last keje sebelum Raya. Baru je habis mengajar orang2 PTG. Lepas ni boleh balik and shopping last sebelum balik Kampung.


Esok pagi dah boleh bertolak pulang.
Selamat tinggal Penang. (sementara je nih jgn selama2 nya pulak!)

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir dan Batin (",)

Tuesday, August 12, 2008

Wednesday, July 30, 2008