"jangan letakkan sayang dulu pada dia.. sebab bila kau dah sayang dia... nanti segala keburukan dia kau dah tak nampak dah"
kerana??? semuanya telah dibutakan oleh cinta...
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Aku lihat engkau sebagai seorang yang hebat. Tahu ambik hati sesiapa sahaja, tahu hormat orang tua, tahu banyak benda (
yang ni kau selalu banggakan), berpewatakan agak menarik, Tahu jaga tingkah laku dalam pergaulan dan tahu jaga adab sopan serta tahu jaga sembahyang. Dulu aku cukup kagum dengan kau.
Persis watak2 hero dalam novel2 cinta.
Kira macam rugilah kalau tak ambik kau jadi suami.
Tapi semakin lama semakin aku sedari... kau tak ubah macam insan2 lain. Ada kelebihan dan ada kekurangannya.
Kau suka membangga diri! aku abaikan
(tak per la... dah memang kau expert pasal benda tu)
Kau suka menunjuk2 tentang diri kau! aku abaikan
(tak per la... dah memang kau macam tu)
Kau suka call aku sekejap pastu pesan suruh call kau semula malam nanti! aku abaikan
(tak per la... dia takder kredit kot. tapi bukan ke kau pakai line?)
dan....
kau ejek nama kawan aku! aku kisah. Dah mak ayah dia bagi nama macam tu. nama dia pun elok jer.. bukan pelik pun.
mungkin kau rasa diri kau dah cukup hebat. Nama kau dah cukup 'bermakna' sampaikan kau persendakan nama '
yang bahagia'
Kau gelakkan kawan aku! aku kisah. Dah dia dilahirkan dengan
kekurangan macam tu. Kejadian Allah tu. Takkan itu pun kau ada hati nak ejek.
Mungkin kau rasa kau dah cukup sempurna sampaikan kau sanggup mempersendakan sedikit
kekurangan yang ada pada kawan aku.
Kini, kekaguman aku pada kau dah hilang. Kau memang manis... sweet talker sampaikan dengan semua orang kau sweet talk. Aku pun dah tak tau dah nak bezakan mana satu yang kau betul2 maksudkan!
kepada Kau: sesekali muhasabah lah diri. "Cukup sempurnakah aku? "