Hari ni hari yang membengangkan aku. Sesuai dengan itu... aku ingin menulis sesuatu tentang kesabaran dan seangkatan dengannya. Semuanya aku petik dari kata2 orang. Hehehe...
Saat marah, hitunglah sampai sepuluh sebelum Anda berbicara. Jika Anda sangat marah, hitunglah sampai seratus. – Thomas Jefferson
Kebahagiaan tidak mungkin terjadi tanpa didukung oleh ketabahan. - Alain
Jalan menuju pikiran seseorang adalah melalui hatinya. - Peribahasa Amerika
Wednesday, November 25, 2009
Tuesday, November 24, 2009
Kisah mereka...
Jam tepat menunjukkan pada angka 5.57 PM. Semua urusanku hari ni dah selesai. Jadi, aku pun menggodek2 gambar yang ada dalam laptopku. Tiba2 terpampang la satu gambar ni... lantas mengingatkan aku pada satu peristiwa.
Nak tahu apa kisahnya??
Aku ada seorang kawan (din) yang berminat untuk berkenalan dengan kawanku (lin). First time jumpa dalam jangka masa yang singkat disebabkan kami (aku dan din) ada urusan lain lagi selepas tu.
Balik dari rumah Lin, Din terus suarakan hasrat hatinya untuk menghadiahkan sesuatu kepada Lin sebagai tanda perkenalan. Aku ok kan jer... SO, lepas dah settle semua urusan, kitorang pun pergilah mencari hadiah yang telah dikenalpasti itu. dan hadiahnya adalah :
Kotak kerongsang ni nampak macam tak berapa nak lawa sebab kotak tu dijual berasingan and memang dah takder pilihan yang lain. (elergik btul aku ngan perkataan pilihan tuh hehehe..)
Tapi kan... bila aku nampak kerongsang nih.. aku lebih teringatkan pengakhiran kisah mereka berbanding permulaannya. Susah kan... bila terlalu banyak pilihan...
Apa2 pun semoga pengakhiran kisah mereka baik2 belaka walaupun mereka bukanlah bersama...
KerasTangan
Jika minggu2 sebelum ni aku habiskan di Shah Alam... maka...Satu2nya hujung minggu aku di Penang dipenuhi dengan aktiviti kerastangan... dan inilah hasilnya...
Bakul untuk buah-buahan
Bakul untuk Coklat
Tuala di dalam Kotak
Kotak untuk Kek
Ada lagi satu kotak yang aku siapkan untuk kain baju melayu. Tapi tak snap gambar sebab gubahan kain baju melayu belum siap lagi...
Asalnya bunga gubahan just bunga korset jer. Tapi untuk memeriahkannya... kenalah digabungkan dengan riben2 dan juga gabungan 2 bunga rama2 kecik. So, nampak la besar sedikit rupanya berbanding asal.
Malam ni sambung balik aktiviti kerastangan ni untuk gubahan kain baju melayu dan gubahan coklat. Takder idea sangat untuk coklat selain daripada letak je dalam bakul tu. Aku lagi prefer kalo coklat digubah menjadi jambangan bunga.. Tapi untuk kali ni tak dapat nak buat sebab coklat yang telah dibeli di dalam kotak and gabungan ferrero rocher + Cadbury bar.
Wednesday, November 18, 2009
Just an Option
Situasi 1
Girl : Saya nak tahu seseuatu boleh? Kenapa awak nak kawin ngan saya erk?
Boy : Entah! Sebab saya dah takder pilihan kot.
Girl : Takder pilihan? Maksudnya awak bukan nak kawin ngan saya sebab awak sayang saya. Bukan sebab awak nak jadikan saya isteri awak. Tapi awak cuma nak kawin ngan saya sebab setakat nih takder perempuan lain yang suka awak! Camtu?
Boy : Lebih kurang la...
Girl : Pastu katalah dekat2 nak kawin or lepas kawin tiba2 awak jumpa perempuan yang awak suka.. yang awak nak jadikan isteri awak... masa tu apa yang awak akan buat?
Boy : Entah la... benda tak berlaku lagi... sy pun tak tahu apa saya nak buat.
Girl : Kiranya awak ni benda dah berlaku.. masa tu la baru awak fikir apa nak buat? (Sambil menahan emosi) Ok! Camni la... awak fikirlah dulu.. apa yang awak nak..apa yang sebenar2nya awak nak. Dah dapat jawapan awak bagitau saya.
Boy : Entah la.. saya pun tak tahu apa yang saya nak.
Girl : Awak sendiri tak tahu apa yang awak nak! Habis tu camne awak nak tahu apa yang saya nak!
Boy : Apa yang awak nak?
Girl : Saya nak jadi keutamaan.. bukannya pilihan.(Sambil berlalu pergi)
Sejam kemudian...
Boy : Sayang, sy minta maaf. Saya masih sayang awak tau!
Girl : Saya tahu awak cakap macam ni sebab awak takut nak bagitau mak ayah awak kalau kita break up kan?
Boy : Lebih kurang laa...
Girl : Boleh tak awak tolong fikirkan lagi sekali. Fikir yang sebetul-betulnya tanpa dipengaruhi oleh perasaan yang saya je pilihan yang awak ada dan tanpa dipengaruhi oleh perasaan takut nak berterus terang dengan mak ayah awak. Boleh?
Boy : okey...
Girl : Ok... Terima kasih... (Melangkah pergi dengan harapan akan dapat jawapan yang sebenar2nya jawapan dari Boy)
Situasi 2
Lelaki itu tahu apa yang dia inginkan. Perempuan macam mana yang dia mahu jadikan isteri. dan perkenalannya dengan ramai perempuan menyebabkan dia mendapat banyak pilihan. Tapi di antara semuanya hanya seorang yang dilihat sesuai dengan dirinya dan keluarga. Cuma masalahnya dia terlalu mencari kesempurnaan. walaupun baginya perempuan ini hanya kurang pada 1 perkara, perempuan ini tetap hanya mampu jadi kawan biasa.
Perempuan ini terlalu menyayangi lelaki itu. Setelah banyak kali mencuba... berusaha untuk memenangi hati tetapi sia -sia jua. Akhirnya perempuan ini mengetahui bahawa dia hanya pilihan terakhir yang hanya akan di pilih apabila tiba penamatnya lelaki itu masih belum bertemu dengan pilihan hati yang sempurna baginya. Akhirnya perempuan ini mengambil langkah berlalu pergi...
Dont make someone a priority in your life if you are just an option in theirs.
Persoalannya : Betul ke tindakan mereka tu erk?
Monday, November 16, 2009
Kesal
Berulang kali ku cuba mengerti
Namun kau tak pernah untuk menyedari
Walaupun akhirnya semua kan berlalu
Hadapi kenyataan
Biarpun penuh berduri
Harusku hadapi
Walaupun akhirnya semua kan berlalu
Hadapi kenyataan
Biarpun penuh berduri
Harusku hadapi
Tuk sejenak diri lupakan problema
Agar lepas dari segala prasangka
Aku cuba berlari
Ikuti langkahku
Menyongsong matahari
Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri
Agar lepas dari segala prasangka
Aku cuba berlari
Ikuti langkahku
Menyongsong matahari
Biarlah kan ku tempuh
Jalan hidup sendiri
Tanpa engkau lagi ingin kubuktikan semua
Bahwa diri ini bukanlah sekadar
Boneka yang dapat kau jadikan mainan
Bahwa diri ini bukanlah sekadar
Boneka yang dapat kau jadikan mainan
Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Harapan hidup berdua
Ternyata sia-sia
Kesalku kerna dia
Harapan hidup berdua
Ternyata sia-sia
Resahku kerna dia
Kesalku kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa
Hidupku jadinya
Kesalku kerna dia
Lebih baik putus saja
Daripada tersiksa
Hidupku jadinya
Subscribe to:
Posts (Atom)






