Wednesday, January 27, 2010

lazy like me

Pernahkah anda rasa anda mempunyai begitu banyak kerja sehinggakan anda begitu malas nak buat walaupun satu daripadanya. Itu lah yang aku rasa sekarang! Malasnyerrr...


Friday, January 22, 2010

Bunga bunga cinta...


 
 
Masihkah ada
Bunga - bunga cinta
yang dulu subur untukku
Atau mungkinkah
Sudah layu ditelan waktu
atau dikau sudah ketemu yang baru
Lalu
Apa yang harus aku lakukan
menunggu atau membiarkan
mungkinkah suatu hari
sinar bahagia untukku
kan muncul semula
hati ini
terlalu penat meratapi
sedih yang menyelubungi diri
tak pernah pergi walaupun bahagia
menjengah seketika
hati ini
sudah tidak mampu untuk ketawa
bimbang kecewa yang tak berkesudahan
dikemudiannya
kebahagiaan itu
terlalu sempit buat diriku
dan kecewa itu tetap milik aku

Thursday, January 21, 2010

Adnan Sempit

Salam...

Jika malam2 sebelum ni.. sebelum tidur aku akan layan movie or tv series kat laptop. Tapi malam tadi aku and the gang (housemate) pergi tengok wayang. sebelum ni punya lah susah nak cari gang yang nak join tengok movie ni. Takut tak best la... cerita melayu layan cd je lah... banyak punya alasan. Nasib baik akhirnya terkesan jugak dengan pujukan aku. Asalnya 5 orang yang nak join. Tapi tiba2 ada seorang yang cancel. tapi... memang rugi lah dia tak ikut sebab cerita yang kami tengok nih memang menarik. Nak tahu cerita apa?

'i don't want banana fruits 2 times' maksudnya aku tak mahu pisang berbuah dua kali.
ungkapan dari cerita Adnan Sempit. Memang sengal...

Jalan cerita biasa tapi lawaknya yang luar biasa. Dari awal cerita (takder la awal sangat) hanya selepas dia start motor and hingga ke penghujungnya.. memang sentiasa ada yang membuatkan penonton ketawa. Sampai berbahak2 (ketawa terbahak2 ke erk?) dan ada yang sampai terhentak2 kaki.

Bagi aku cerita ni memang sempoi tapi best sangatt!!! Tak caya? Pergi tengok sendiri! Tak rugi punya lah...
mesti dalam hati ada taman (",)

Wednesday, January 20, 2010

Itukah dia kekasih yang pernah berjanji
Memberi cinta untukmu sepenuh hati
Ia akan menyesal suatu hari nanti
Apabila ia mengetahui
Kekasihmu ini ingin kembali

Tahukah engkau ia tak sepadan denganmu
Walau beribu bisik pujuknya merayu
Kekasihmu ini terlalu ingin kembali
Sejak ia mengetahui
Kekasihmu itu selalu membuat kau bersedih

Oh kekasihmu ini akan merasa gembira
Andai dapat bersama untuk selama-lama
Hanya untuk menyayangimu
Hanya untuk bercinta lagi
Andai engkau berduka
Aku yang pertama di sisi
Andai engkau bahagia
Akukan terus berdoa
Semoga suatu masa
Pintu hatimukan terbuka
Dan kita akan kembali
Bercinta lagi

Aku akan kembali
Walau jalan berliku
Kernaku kekasihmu
Hingga ke akhir hayat

Dengar lagu ni je mesti mengingatkan aku pada satu restoren kat seksyen 13 Shah Alam. Restoren ni best sebab ada karauke free yang biasanya akan beroperasi selepas jam 10 malam. Tapi yang lagi best sebab cashiernya... macam ada sumthing padanya yang membuatkan hati rasa macam nak usha2 je dia selalu. Hehehe...kalau tak caya boleh tanya CheqNa

Kawan2 aku yang ajak makan kat Shah Alam mesti restoren tu la yang aku bawak. Makanan kat sana best jugak cuma yang aku tak suka setiap kali order air kelapa mesti tak ader. Tapi tak kisah la... yang penting pemilik kereta atos ada... (",)


p/s: Na, bila nak lepak ramai2 di Pelaga Park lagi?

Monday, January 18, 2010

Salam untuk semua (",)

Salam...

Rasa macam dah lama tak menjenguk ke blog ini. Akhir2 nih kerja memang bertimbun2. Apatah lagi selepas bercuti 2 minggu sebelum new year baru2 nih...

Tadi ada jenguk blog CheqNa . Kesian kan! Dah la dia tu penakut... hehehe jgn marah ye Na... aku kutuk2 puji nih... At last sampai jugak dengan selamat. Untuk Kawan yang ajak tu... memang agak tak patutla buat mcm tu... tapi untuk kawan yang tak angkat call tu maybe dia ada alasannya tersendiri (",)

Apa2 pun segala yang kita tempuhi tak kira pahit manis semuanya adalah pengalaman untuk mematangkan dan mendewasakan diri kita dalam mengenal erti kehidupan.